Font :

Pembantu Rumah Asing (PRA)

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Selasa, 15 September 2009 16:46)

 

Permohonan Pekerja Asing Sektor Pembantu Rumah

 



square
Garis Panduan dan Syarat-Syarat Pengambilan Pembantu Rumah Asing
square
Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara) Pembantu Rumah Asing
square
Prosidur Kemasukan Pembantu Rumah Asing
square
Permohonan Pembaharuan Pas Lawatan (Kerja Sementara)
square
Permohonan Memo Periksa Keluar
square
Gantian Pekerja Asing / Pembantu Rumah Asing Yang Tidak Sihat
square
Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri


 

Negara sumber yang dibenarkan ialah:

- Indonesia
- Thailand
- Kemboja
- Filipina
- Sri Lanka
- India
- Nepal
- Vietnam
- Laos

 

 

Garis Panduan dan Syarat-Syarat Pengambilan Pembantu Rumah Asing

 

1.
Permohonan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) boleh dibuat oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
2.
Majikan perlu memastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum dikemukakan.
3.
Majikan mesti terdiri daripada suami atau isteri yang mempunyai anak berumur bawah 15 tahun yang perlu perhatian dan jagaan atau ibu bapa yang sakit/uzur.
4.
Suami dan isteri majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) pembantu rumah asing yang layak dipohon untuk satu keluarga.
5.
Jumlah pendapatan bulanan majikan yang hendak menggajikan PRA warganegara Filipina, Sri Lanka, India dan Nepal hendaklah tidak kurang RM5,000.00 manakala bagi PRA warganegara Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos ialah tidak kurang dari RM3,000.00.
6.
Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak mendapat kemudahan ini.
7.
Majikan yang mempunyai alasan yang kukuh dan pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dibenarkan memohon pembantu rumah asing kedua.
8.
Bakal PRA mestilah perempuan, terdiri daripada warganegara Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, India, Nepal, Vietnam ataupun Laos serta berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun dan disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
9.
Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
10.
Bakal PRA mestilah berada di negara asal dan masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
11.
Majikan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd. sebaik tiba di negara ini dan mendapatkan endosmen PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.
12.
Pembantu rumah asing yang gagal pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan bekerja dan majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.
13..
Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
14.
Majikan dimestikan menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas dan makanan yang berkhasiat. PRA juga hendaklah diberi rehat secukupnya termasuk waktu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
15.
Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
16.
Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan, rakyat asing atau pekerja asing yang berkerja di negara ini semasa memegang PL(KS).
17.
Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
18.
Majikan hendaklah memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
19.
Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) dan bagi lanjutan tahun kedua serta ketiga setelah mendapat kelulusan pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh Fomema Sdn. Bhd.
20.
Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
21.
Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
22.
Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
23.
Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
24.
Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak untuk memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang berkelayakan.
25.
Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan Imigrsen Malaysia penentuan majikan baru PRA berkenaan.
26.
Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan penghantaran pulang.
27.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
28.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
29.
Majikan yang ingin membawa pembantu rumah asing bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal pembantu rumah asing berkenaan di Malaysia.
30.
Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan pembantu rumah asing.
31.
Majikan dan PRA hendaklah sentiasa mematuhi perkara-perkara yang dipersetujui dalam perjanjian pekerjaan.

 

 

Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara) Pembantu Rumah Asing

 

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.

 

Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pembantu Rumah Warga Asing

 

Dokumen-Dokumen yang diperlukan bagi Permohonan baru pengambilan Pembantu Rumah Warga Asing (PRA)

 

1.
Borang permohonan baru (PRA1 / PRA2)
2.
Borang IM 12. (Permohonan PLKS) (Beli di Unit Pentadbiran Bahagian Pekerja Asing)
3.
Borang IM 13. (Permohonan Visa) (Beli di Unit Pentadbiran Bahagian Pekerja Asing)
4.
Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00(Beli di Pejabat Pos).
5.
Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (4 Salinan)
6.
Salinan Pasport pembantu rumah asing
7.
Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
8.
Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam. (Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
9.
Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
10.
Pengesahan pekerjaan dan bukti pendapatan tetap suami isteri
11.
Salinan kad pengenalan suami isteri
12.
Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit
13.

Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)

 

 

Pehatian dan Peringatan

 

-
Sila bawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan
-
Permohonan boleh dibuat secara individu iaitu semua urusan dijalankan oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia sahaja
-
Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
-
Bayaran kepada Jabatan Imigresen Malaysia hanya dibuat setelah permohonan diluluskan dan pastikan resit rasmi Jabatan diterima setelah bayaran dibuat.
-
Untuk tujuan lanjutan PL(KS), pastikan pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
-
Majikan adalah bertanggungjawab di atas kelakuan dan tatatertib PRA semasa berada di Malaysia.

 

 

Prosidur Kemasukan Pembantu Rumah Asing

 

i.
PRA yang telah mendapat surat kelulusan Visa Dengan Rujukan perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan sebelum masuk ke Malaysia.
ii.
Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan. Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberi Pas Khas untuk tempoh 30 hari supaya majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di pejabat Imigresen yang meluluskan VDR sama ada Pejabat Imigresen Negeri atau Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
iii.
Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.
iv.
Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki membawa PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam tempoh serta-merta. Pekerja yang gagal pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka segera.

 

 

Mendapatkan Endosmen PL(KS)

 

i.
PRA yang telah lulus pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh FOMEMA Sdn. Bhd. sahaja dikeluarkan PL(KS) mengikut tempoh yang diluluskan pada surat kelulusan VDR.
ii.
Setelah mendapat endosmen PL(KS) dalam bentuk pelekat, PRA berkenaan dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada endosmen berkenaan.
iii.
Setelah mendapat endosmen, pastikan majikan menyemak butir-butir pada pelekat endosmen berkenaan dan memaklumkan kepada pegawai di kaunter sekiranya terdapat kesilapan.

 

Permohonan Pembaharuan Pas Lawatan (Kerja Sementara)

 

-
Permohonan pembaharuan PL(KS) pekerja asing boleh dibuat di Pejabat Imigresen Negeri atau Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat dalam tempoh tiga bulan sebelum PL(KS) tamat.
-
Majikan perlu memastikan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik panel yang dilantik oleh FOMEMA Sdn. Bhd. serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan tahun kedua dan ketiga dikemukakan ke Jabatan Imigresen Malaysia.
-
Semua urusan lanjutan PL(KS) pekerja asing semua sektor hendaklah dikemukakan sendiri oleh majikan kecuali pembaharuan PRA boleh diuruskan oleh agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan ini.
-
Permohonan yang tidak lengkap atau teratur akan ditolak.
-
Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara, bayaran proses dan bayaran untuk PL(KS).
-
Dokumen yang perlu dikemukakan:
i.
Surat permohonan lanjutan PL(KS) dari majikan
ii.
Borang 49 / Borang B & D / Kad Perwakilan Syarikat / Borang Perwakilan Syarikat yang telah diendoskan.
iii.
Borang Bayaran.
iv.
Pasport pekerja dan tempoh sah laku melebihi 12 bulan.
v.
Salinan resit bayaran wang cagaran/ jaminan bank / jaminan insurans. Jaminan bank / jaminan insurans mestilah sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan dari tarikh tamat PL(KS).
vi.
Bayaran secukupnya dalam bentuk bank draf atau wang pos hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau Pengarah Imigresen Negeri (dimana bayaran dibuat). Nama dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf berkenaan.

Makluman : Untuk pembaharuan PRA sila bawa pasport dan bayaran dalam bentuk bank draf atau wang pos sahaja. Pastikan telah lulus pemeriksaan kesihatan di FOMEMA Sdn. Bhd. bagi tujuan lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja.

 

 

Permohonan Memo Periksa Keluar

 

-
Memo periksa keluar ialah permohonan keberangkatan pulang pekerja asing / pembantu rumah asing ke negara asal di atas sebab-sebab tertentu.
-
Dokumen yang diperlukan :
i.
Surat permohonan majikan.
ii.
Pasport asal pekerja asing.
iii.
Tiket pulang ke negara asal.
iv.

Borang permohonan Memo Periksa Keluar

 

-

Majikan hendaklah memastikan pekerja asing mereka pulang pada tarikh yang ditetapkan pada Memo Periksa Keluar melalui Pintu Keluar yang dipohon

.

-

Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pekerja asing tersebut masih dianggap bekerja dengan mereka dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pekerja asing tersebut.

 

 

Gantian Pekerja Asing / Pembantu Rumah Asing Yang Tidak Sihat

 

Majikan boleh mengemukakan permohonan menukar atau menggantikan pekerja asing yang yang telah diluluskan Visa Dengan Rujukan dalam dua keadaan :

 

i.

Pekerja telah masuk ke negara ini tetapi disahkan tidak sihat untuk bekerja oleh FOMEMA Sdn. Bhd. Majikan dikehendaki menguruskan Memo Periksa Keluar bagi tujuan penghantaran pulang pekerja.

Majikan dikehendaki mengemukakan permohonan pertukaran pekerja asing yang telah disahkan tidak sihat dengan pekerja asing yang baru, menggunakan bayaran levi pekerja asing yang telah dihantar pulang dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:-

i. Surat permohonan majikan
ii. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan
iii. Memo Periksa Keluar
iv. Resit bayaran yang asal

 

ii.

Pekerja tidak masuk setelah kelulusan VDR dikeluarkan disebabkan masalah-masalah tertentu di Negara asal. Majikan boleh memohon pertukaran pekerja yang diluluskan sebelum ini dan menggantikan dengan calon yang baru dengan mengemukakan dokumen berikut:

i. Surat permohonan majikan
ii. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan
iii. Resit bayaran yang asal
iv. Surat pengesahan pembatalan visa dari pejabat perwakilan di Negara asal pekerja (jika ada)

 

 

 

Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri