| |
|
Terakhir dikemaskini (Khamis, 04 Jun 2009 16:17)
Q : Isteri saya seorang warga asing dan ingin tinggal bersama saya di Malaysia. Saya telah dinasihatkan untuk memohon Permit Masuk bagi isteri saya. Apakah Permit Masuk itu kerana isteri saya sudah masuk ke Malaysia dan tinggal bersama saya atas Pas Lawatan (Sosial) yang dicop setiap tahun?
A : Permit Masuk adalah suatu dokumen (Imm.5) yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4, Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63. Permit Masuk membolehkan seseorang itu masuk dan menetap tanpa had di Malaysia dan seterusnya adalah berstatus Penduduk Tetap / Pemastautin Tetap. Setelah mendapat Permit Masuk, isteri tuan bolehlah memohon Kad Pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terakhir dikemaskini (Khamis, 04 Jun 2009 16:19)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 04 Jun 2009 16:25)
Q : Bagaimanakah cara memohon Permit Masuk bagi isteri saya?
A : Isteri tuan layak memohon Permit Masuk jika telah memenuhi syarat tinggal bersama suami secara berterusan atas Pas Lawatan (Sosial) di Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
1. Borang Imm.4
2. 3 keping gambar pemohon (isteri)
3. 1 keping gambar suami (sebagai penaja)
4. Salinan sijil nikah / sijil daftar perkahwinan
5. Salinan pasport pemohon (isteri) yang digunakan sejak memasuki Malaysia sehingga sekarang
6. Salinan pasport suami sekiranya berkahwin di luar negara
7. Salinan kad pengenalan suami, sijil lahir suami dan sijil warganegara suami (jika berkaitan)
8. Salinan sijil lahir / pasport / dokumen perjalanan anak-anak jika ada
9. Salinan sijil kahwin di negara asal (jika berkaitan)
10. Gambar perkahwinan - 1 keping
11. Gambar keluarga - 1 keping
12. Kad jemputan / undangan perkahwinan
Terakhir dikemaskini (Khamis, 04 Jun 2009 16:27)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 04 Jun 2009 16:28)
Muka 1 daripada 3