| |
|
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 10 Oktober 2009 08:35)
| Bahagian |
Komunikasi dan Korporat |
| Pengarah |
Pengarah Bahagian Komunikasi Dan Korporat |
| Alamat |
Bahagian Komunikasi dan Korporat |
| Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia | |
| Tingkat 4 (PODIUM) | |
| No 15, Persiaran Perdana, Presint 2 | |
| 62550 Putrajaya | |
| Telefon |
03-88801262 |
| Faks | 03-88801569/03-88801276 |
LATAR BELAKANG
Bahagian ini pada awalnya dikenali sebagai ‘Bahagian Perancangan dan Penyelidikan’. Pada 16 Disember 2007, Jabatan telah membuat penstrukturan semula dimana Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dipecahkan menjadi Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Sumber Manusia.
Sebelum 2 Ogos 2007, hanya 2 kakitangan yang bertugas di Unit Perhubungan Awam iaitu seorang Pegawai Perhubungan Awam dan seorang Timbalan Penolong Pengarah Imigresen yang pada ketika itu berada di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Pada 2 Ogos 2007, Kaunter Khidmat Pelanggan yang berada di tingkat 1 mula dibuka dengan kemasukkan tambahan 3 orang kakitangan terdiri daripada 2 orang Pegawai Imigresen dan seorang Pegawai Imigresen Tinggi.
Pada 16 Disember 2007 Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat telah diwujudkan secara rasmi dengan perjawatan.
Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat bertanggungjawab dari segi aspek-aspek berikut:
- Menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam termasuk delegasi luar
- Menguruskan hal-hal berkaitan aduan dan maklumbalas pelanggan
- Menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan seperti laporan tahunan, buletin, dan lain-lain maklumat kepada orang awam
- Menguruskan hal-hal berkaitan keurusetiaan parlimen
FUNGSI UTAMA
- Menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam termasuk delegasi luar.
- Menguruskan hal-hal berkaitan aduan dan maklumbalas pelanggan.
- Menguruskan hal-hal berkaitan penerbitan seperti laporan tahunan,buletin dan lain-lain maklumat kepada orang awam.
- Menguruskan hal-hal berkaitan keurusetiaan parlimen.
OBJEKTIF
- Memantapkan Imej Jabatan Imigresen Malaysia melalui Komunikasi korporat dan pengurusan perhubungan pelanggan.
- Memberi perkhidmatan secara mesra, cekap, cepat dan tepat kepada pelanggan.
- Urusetia bagi pengurusan maklum balas dan aduan pelanggan.
- Urusetia bagi urusan Pasca Kabinet dan Perlimen yang berkaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
STRUKTUR ORGANISASI
♣ Perhubungan Awam
- Mengurus maklumat/keratan akhbar;
- Mengurus aduan dan maklumbalas melalui laman web;
- Menyelaras dan mengurus perhubungan dengan pihak media
- Menyelaras dan menyediakan draf ucapan Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah.
- Merancang dan mengurus aktiviti peningkatan imej Jabatan.
- Merancang, menyelia dan memantau jadual tugas bagi 'executive pelanggan serta menyediakan sijil penghargaan'.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan anjuramn Kementerian.
- Memberi penjelasan tentang dasar Jabatan kepada media.
♣ Khidmat Pelanggan
- Pengurusan khidmat pelanggan - memberi maklumat kepada pelanggan.
- Mengurus panggilan telefon dari pelanggan dalaman dan luar.
- Mengurus dan mengendali aduan awam.
- Menyelaras pengumpulan data melalui borang kepuasan pelanggan (peti cadangan/negeri)
- Merancang dan mengurus sistem pandangan dan audit komunikasi.
- Urusetia-urusetia mesyuarat berkaitan.
♣ Penerbitan
- Merancang, mendapatkan bahan, menedit, mengurus percetakan dan mengedarkan Buletin Imigresen 4 kali setahun.
- Merancang, menyelaras, mengumpul maklumat, menyedia dan mengedarkan laporan tahunan Jabatan.
- Menyelaras penggamabaran dan penyuntingan bagi video korporat JIM.
- Mengumpul atau menyimpan dokumen peraturan/fakta dan dasar yang berkaitan dengan Jabatan.
- Menyediakan analisa liputan akhbar yang melibatkan Jabatan 2 kali setahun.
♣ Hubungan Luar
- Menyelaras lawatan delegasi dalam dan luar.
- Menyelaras danmengurus dialog/forum dengan agensi lain.
- Menyelaras danmenyediakan bahan atau maklumat portal laman web jabatan.
- Urusetia mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
♣ Kualiti Dan Parlimen
- Merancang dan menyediakan jadual urusetia Parlimen.
- Menyelaras jawapan kepada soalan-soalan Parlimen berkaitan Jabatan.
- Menyelaras jawapan kepada Kementerian mengenai Mesyuarat Pasca Kebinet dan Mesyuarat Jemaah Menteri.
- Urusetia bagi aktiviti kualiti bahagian.
- Urusetia mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
♣ Pentadbiran & Kewangan
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran personel (cuti,punch card, mesyuarat, aset, stor, surat menyurat, merekod surat, kursus/bengkel/seminar, kenderaan, kebajikan, pekeliling, keperluan pejabat, pengurusan fail).
- Menguruskan hal ehwal kewangan;
- Menguruskan surat perakuan anugerah/pingat/kebangsaan negeri/persekutuan bagi warga Imigresen Malaysia.
- Urusetia mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Nota :
Untuk mendapatkan nama dan no telefon pegawai, sila ke Menu Direktori Telefon pada Laman Utama