Font :

Bahagian H (Keselamatan dan Pasport)

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Mac 2010 03:24)

 

Bahagian Keselamatan dan Pasport
Pengarah
Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Pasport
Alamat
Bahagian Keselamatan dan Pasport
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
Tingkat 1 (PODIUM)
No 15, Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya
Telefon 03-88801512
Faks 03-88801506

 

OBJEKTIF BAHAGIAN


1. Untuk memastikan kehadiran warganegara asing di Malaysia diuruskan dan dikawal dengan teratur dan berkesan berasaskan kepada peruntukan di dalam Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta undang-undang, peraturan dan Dasar Kerajaan Malaysia mengenai hal ehwal Imigresen demi keselamatan negara.

 


2. Mengawal pengeluaran Dokumen Perjalanan Imigresen kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengannya.

 

MISI

 

Sentiasa peka kepada keselamatan dalam pemberian kemudahan imigresen

 

VISI

 

Memastikan pengeluaran dokumen perjalanan dan aktiviti pergerakkan keluar masuk sentiasa efisyen

 

 

DASAR KULAITI


Memastikan Standard pengeluaran Pasport Malaysia mencapai piawaian antarabangsa dengan penambahbaikan yang berterusan serta menentukan keluar/masuk warganegara dan bukan warganegara menjamin keselamatan dan kesejahteraan Negara.

 

STRUKTUR ORGANISASI

 

♣ Unit Kawalan

 

• Memantau pergerakan keluar masuk warganegara, penduduk tetap dan warganegara asing di pintu-pintu masuk yang diwartakan
• Pengurusan dan perwartaan pintu-pintu masuk

 

 

♣ Unit Keselamatan


• Pusat kawalan data-data senarai syak
• Pengurusan pengeluaran dan pengesahan ketulenan cop-cop keselamatan
• Pengurusan cop-cop khas ke Baitulmuqadis
• Kes-kes khas dan terperingkat

 

 

♣ Unit Pasport


• Pengawalan pengeluaran Dokumen perjalanan kepada warganegara Malaysia

 

 

♣ Unit Hal Ehwal Atase


• Pengurusan dan penyeliaan aktiviti Atase Imigresen

 

 

Nota :

Untuk mendapatkan nama dan no telefon pegawai, sila ke Menu Direktori Telefon pada Laman Utama