| |
|
Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Mac 2010 03:22)
|
Bahagian |
Visa, Pas dan Permit |
|
Pengarah |
Pengarah Bahagian Visa,Pas dan Permit |
|
Alamat |
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia |
|
Tingkat 3 , |
|
|
No 15, Persiaran Perdana, Presint 2 |
|
|
62550 Putrajaya |
|
|
Telefon |
Sila Ke Ruangan Direktori Telefon |
|
Faks |
03-88801374 |
FUNGSI
- Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia;
- Mengeluarkan Permit Masuk kepada warganegara asing yang ingin bermastautin di Malaysia;
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Taraf kepada mana-mana orang yang layak sebagai warganegara Malaysia
OBJEKTIF
- Kemasukan rakyat negara asing ke Malaysia tidak menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara dan ketenteraman awam; dan
- Golongan warganegara asing yang ingin tinggal sementara di negara ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan, perusahaan, kebajikan, pelajaran dan keharmonian rakyat Malaysia
MISI
Mencapai perkhidmatan berkualiti dan berintegriti di peringkat yang akan sentiasa meyakinkan orang ramai yang berurusan dengan jabatan
STRUKTUR ORGANISASI
♣ Unit Pas Lawatan (Sosial)
Menerima dan memproses permohonan lanjutan Pas Lawatan (Sosial) jangka pendek dan jangka panjang kepada pelawat-pelawat asing yang masuk ke Malaysia mengikut tujuan-tujuan yang dibenarkan.
♣ Unit Pas (Pelajar
Menerima dan memproses permohonan baru dan lanjutan pas pelajar untuk pelajar warganegara asing yang ingin melanjutkan pelajaran di Malaysia
♣ Unit Pas Lawatan (Ikhtisas)
Menerima dan memproses permohonan baru dan lanjutan Pas Lawatan (Ikhtisas) untuk warganegara asing yang ingin bertugas memberikan kepakaran teknikal dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa yang singkat di Malaysia
♣ Unit Malaysia My Second Home (MM2H)
Mengeluarkan pelekat Program MM2H yang membenarkan warganegara asing untuk tinggal menetap di Negara ini bersama keluarga mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
♣ Unit Permit Masuk dan Perakuan Taraf
Menguruskan permohonan Permit Masuk untuk orang-orang asing yang layak untuk masuk dan menetap di negara ini dan menguruskan permohonan Sijil Perakuan Taraf kepada seseorang yang mempunyai tuntutan sebagai Warganegara Malaysia.
♣ Unit APEC
Menguruskan Kad Perjalanan Perniagaan APEC yang merupakan satu insiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.
♣ Unit Naziran
Membuat lawatan naziran berhubung kesangsian dan keraguan terhadap permohonan/ pemberian kemudahan visa, pas dan permit.
Nota :
Untuk mendapatkan nama dan no telefon pegawai, sila ke Menu Direktori Telefon pada Laman Utama