Font :

Bahagian C (Pengurusan Sumber Manusia)

Perhatian: akan membuka tetingkap baru.PDFCetakE-mail

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 03 Oktober 2009 06:47)

 

 

Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia

Pengarah

Pengarah Bahagian Sumber Manusia

Alamat

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia

Tingkat 6 (PODIUM)

No 15, Persiaran Perdana, Presint 2

62550 Putrajaya

Telefon

03-88801076

Faks

03-88801200

 

 

 

 

FUNGSI UTAMA


Berperanan melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam serta memantapkan hubungan sumber manusia di dalam Jabatan dengan memastikan struktur, perjawatan dan skim perkhidmatan organisasi dapat berfungsi dengan berkesan, selain menyelaras dasar latihan anggota, dasar gaji/elaun dan perkhidmatan kaunseling.

 

 

 

OBJEKTIF BAHAGIAN


Mengadakan pengurusan yang cekap dan berkesan bagi memastikan objektif Jabatan tercapai sepenuhnya dengan pendekatan yang strategik dari segi perancangan, pemantauan dan perlaksanaan dalam perkara-perkara perkhidmatan, perjawatan, naik pangkat, tatatertib dan dasar latihan.

 

 

MISI

 

Menyediakan khidmat sokongan kepada Bahagian-bahagian di Jabatan di dalamnya dalam bidang perkhidmatan, pembangunan organisasi, pengurusan prestasi, pengurusan kompetensi dan tatatertib serta pembangunan sumber manusia dan latihan secara cekap, telus dan berintegriti.

 

 

VISI


Untuk Mewujudkan Sumber Manusia yang Cekap dan Berprestasi Tinggi.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Pengambilan

  • Urusan pengambilan kakitangan sokongan di bawah perwakilan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan.

  • Urusan Pengambilan/ pertukaran pegawai Imigresen Gred KP17/ KP26/ Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 - KP38/ Penguasa Imigresen Gred KP41 - KP54 dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Jabatan Imigresen Malaysia dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dokumen yang lengkap diterima.



  • Naik Pangkat


  • Mengurus setiap urusan kenaikan pangkat / pemangkuan yang terletak di bawah bidang kuasa perkhidmatan awam Jabatan Imigresen Malaysia dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan.

  • Mengurus urusan tanggung kerja diangkat kepada pihak berkuasa yang meluluskan permohonan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh diterima.

  • Mengurus Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan Imigresen diselesaikan dalam bulan April setiap tahun.

  • Menyelaras dan mengemukakan Laporan Keutuhan Jabatan Imigresen Malaysia dikemukakan ke Kementerian Dalam Negeri empat (4) kali setahun mengikut jadual.

  • Mengurus Laporan Penilaian Prestasi bagi jawatan gunasama dihantar kepada Pihak Berkuasa berkenaan sebelum Jun setiap tahun.

  • Mengurus kes-kes rayuan kenaikan pangkat dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh diterima.



  • Perjawatan

  • Urusan mengemukakan permohonan

  • Perwujudan jawatan baru, dasar baru / one-off di bawah ABM tahunan kepada Agensi Pusat selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun semasa.

  • Mengedar Buku Senarai Perjawatan Tahunan kepada semua Pejabat Imigresen Negeri/ Bahagian dan Atase selewat-lewatnya pada 15 Januari tahun semasa.

  • Perakuan Pengesahan Pelantikan Rasmi/ Pengesahan Dalam Perkhidmatan/ Pemberian Taraf Berpencen

  • Perakuan pengesahan pelantikan rasmi / pengesahan dalam perkhidmatan / pemberian taraf berpencen bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kakitangan sokongan.

  •  

    Kesatuan Sekerja Dan Persatuan


    Kertas Kerja mengenai tuntutan Kesatuan Sekerja dan Persatuan / Arahan Pengurusan Atasan mengenai pewujudan / penambahbaikan Skim Perkhidmatan / Elaun yang baru / sedia ada, perlu dikemukakan dengan maklumat lengkap dalam masa enam (6) bulan kepada pengurusan atasan sebelum dikemukakan kepada JPA (bagi kes yang memerlukan keputusan agensi pusat)



    Kompetensi

     

  • SENARAI NAMA CALON PEPERIKSAAN

  • Senarai nama calon bagi urusetia peperiksaan dikeluarkan seminggu sebelum tarikh peperiksaan



  • KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan
    Bagi subjek Jabatan - 2 bulan dari tarikh peperiksaan
    Keputusan Peperiksaan PTK - 1 ½ bulan dari tarikh peperiksaan



  • RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • KPSL - 6 bulan dari tarikh peperiksaan



  • RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  •  

    Semua rayuan akan dijawab semula dalam tempoh seminggu selepas tarikh terima surat rayuan.

     

    STRUKTUR ORGANISASI

     

    Unit Perkhidmatan


    1. Bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan pegawai/kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut :-
    i) Pengesahan Lantikan
    ii) Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
    iii) Perlanjutan Tempoh Percubaan
    iv) Permohonan Perlepasan Jawatan dengan izin/perletakan Jawatan
    v) Permohonan Cuti Rehat/ Tanpa Rekod/ Tanpa Gaji/ Separuh Gaji dan permohonan untuk mengumpul baki cuti rehat ke tahun berikut dan Gantian cuti rehat
    vi) Permohonan Tambang Percuma Mengunjungi Wilayah Asal atau melawat Semenanjung bagi pegawaiberasal dari Sabah,Sarawak dan Labuan
    vii) Persaraan Wajib/Pilihan
    viii) Permohonan kemudahan perbelanjaan rawatan dan perubatan
    vix) Permohonan elaun pakaian Panas/Istiadat/upacara Rasmi untuk pasangan yang bertaraf Diplomatik
    2. Bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan bagi kakitangan di Atase
    3. Menyediakan Penyata Perubahan (kew.8) bagi setiap perubahan pegawai / kakitangan
    4. Melaksanakan Aplikasi HRMIS

     

    Unit Kompetensi

     

    1.Bertanggungjawab kepada perlaksanaan peperiksaan PTK dan Perkhidmatan bagi tujuan Anjakan Gaji dan kenaikan pangkat bagi Kakitangan bukan gunasama Gred 1 hingga 16

    2. Bertanggungjawab kepada peperiksaan Perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 dan Penolong Pengawai Imigresen Gred  KP27

    3. Bertanggungjawab kepada perlaksanaan Ujian kederasan menaip untuk kenaikan gaji bagi Pembantu Tadbir Rendah N11 (jurutaip)

    4. Bertanggungjawab kepada perlaksanaan Ujian Kederasan Menaip bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 dan Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17

    5. Urus setia kepada Jawatankuasa Penilaian Kompetensi.

    6. Urus setia kepada Jawatankuasa Penilaian Peperiksaan Perkhidmatan

     

     

     

    Unit Naik Pangkat


    1. Urusan Kenaikan Pangkat bagi semua jawatan bukan guna sama

    2. Urus setia Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Kump. Sokongan

    3. Urusetia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

    4. Urusan Anjakan Gaji Pegawai dan Kakitangan yg bertugas di Ibu Pejabat Akademi, Labuan dan Atase

    5. Pengurusan Borang Laporan Penilaian Prestasi

    6. Urusan Penanggungan Kerja bagi Pegawai dan Kakitangan

    7. Pengurusan Surat Pergerakan Gaji Tahunan kepada Semua pegawai Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan

    8. Menyelaras Urusan Kenaikan pangkat/Pemangkuan bagi semua jawatan gunasama

     

     

     

    Unit Tatatertib

     

    1. Urusetia Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kump. Sokongan (no.2)

    2. Urusetia Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kump. Sokongan (no.1)

    3. Menguruskan Kes Tatatertib

    i) Penentuan di bwh Per. 35

    ii) Penentuan Kes Prima Facie

    iii) Surat pertuduhan

    iv) Rayuan

    v) Pemilikan Tanah Kerajaan

    vi) Perkara Mengambil Bahagian Dalam Politik

    4. Urusan Pengesahan Tindakan Tatatertib bagi:-

    i) Pegesahan dlm Perkhid.

    ii) Kenaikan Pangkat

    iii) Persaraan Pilihan dan Wajib

    5. Urusan Laporan Bulanan Mengenai Tatatertib kapada KHEDN sebelum 5hb setiap bulan

    6. Urusan Laporan Tahunan mengenai Tatatertib dan Penglibatan Politik oleh Pegawai kepada KHEDN dan JPA sebelum 30 Jan setiap tahun

    7. Urusan menyemak dan mengemaskini Laporan Pengisytiharan Harta bagi Pegawai dan Kakitangan.

    8. Urusan Laporan Mengenai Pengisytiharan Harta setiap 30 Jun dan 31 Dis setiap tahun

    9. Menangani Kes Aduan

    10. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus

     

     

     

    Unit Pengambilan

     

    1. Menguruskan pengambilan di bawah perwakilan SPA KP17, KP27 dan KP41

    2. Merancang dan mengruskan penempatan/pertukaran pegawai dan kakitangan

    3. Menguruskan permohonan pertukaran kakitangan gunasama ke agensi pusat

    4. Pinjaman/tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara

    5. Menguruskan pengambilan kakitangan PTS, kontrak dan sokongan II

     

     

    Unit Perjawatan

     

    1. Penstrukturan semula program dan aktiviti Jabatan

    2. Mengkaji keperluan dan pewujudan jawatan baru / tambahan

    3. Mengkaji pemansuhan jawatan

    4. Pengauditan sumber manusia dan perjawatan

    5. Naziran Perjawatan

    6. Merancang keperluan Sumber Manusia di Jabatan Imigresen

     

     

    Unit HRMIS/Pentadbiran

     

    1.Perancangan PelaksanaanHRMIS di peringkat Ibu Pejabat dan Pejabat pejabat Imigresen

    2. Memantau Pelaksanaan HRMIS di Peringkat Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Imigresen Negeri.

    3. Urusetia Kepada Jawatankuasa induk dan Pelaksanaan HRMIS

    4. Menguruskan penyediaan dan Perbelanjaan Pelaksanaan HRMIS

    5. Promosi Penggunaan HRMIS di semua Peringkat kakitangan

    6. Rujukan kepada Jabatan dan Kakitangan dalam melaksanakan HRMIS

    7.Penghubung dan perantaraan antara JIM dengan Kementerian dan Agensi Pusat dalam hal-hal berkaitan isu-isu HRMIS.

    8.Urusetia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

    9. Memberi latihan berkaitan HRMIS kepada Jabatan yang memerlukan.

     

     

    Nota :


    Untuk mendapatkan nama dan no telefon pegawai, sila ke Menu Direktori Telefon pada Laman Utama