Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Tarikh :3/10/2010 7:14:26 AM  
    Pengenalan
    Latarbelakang
    Carta Organisasi
    Piagam Pelanggan
    Bahagian dan Cawangan
    Anugerah
    Keratan Akhbar
    Aktiviti Jabatan
Passport
    Kenyataan Am
    Pasport Malaysia
    Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Dokumen Perjalanan
    Perjalanan Terhad
    Perjalanan Kumpulan
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
    Kad Perakuan Pengenalan
    Kemudahan Pergerakan Bebas (Free Flow) Di Wang Kelian, Perlis
Pas Sempadan
    Malaysia - Thailand
    Malaysia - Indonesia
Sijil Perakuan
    Sijil Perakuan Cemas
    Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC
    Permit Masuk
    Surat Akuan
Syarat Kemasukan
Pelancong dan Pelawat
    Lawatan Sosial
Pekerja
    Pegawai Dagang
    Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
    Pekerja Mahir
Pelajar
  Malaysia My Second Home Programme
   
  Penerbitan
  Pautan
   

PAS TANGGUNGAN
i. Pas Tanggungan Untuk Suami Kepada Pegawai Dagang
ii. Kemudahan Bekerja Untuk Suami/Isteri Kepada Pegawai Dagang

 

 
 

'WORK & HOLIDAY VISA PROGRAM' DI ANTARA MALAYSIA DAN AUSTRALIA


  Pasport dan Dokumen Perjalanan  
     
 
1. TUJUAN

1.1 'Work & Holiday Visa Program' ini merupakan satu program istimewa yang memberi peluang kepada generasi muda Malaysia dan Australia untuk melancong sambil bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan harian semasa melancong di Malaysia atau Australia. Program ini juga merupakan salah satu langkah mengeratkan lagi hubungan bilateral di antara Malaysia dan Australia.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan Malaysia buat pertama kali telah melaksanakan 'Working Holiday Visa Program' dengan Kerajaan New Zealand pada tahun 1996. Pada tahun 2007, Kerajaan Australia telah mencadangkan supaya Malaysia menjalinkan kerjasama yang serupa dengan Australia. Setelah Kerajaan Malaysia mendapati program ini adalah satu program yang bermanfaat, satu Memorandum Persefahaman 'Work & Holiday Visa Program' telah ditandatangani oleh kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Australia pada 7 Ogos 2008 di Kuala Lumpur, Malaysia. Y.B. Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia.

2.2 Memorandum Persefahaman 'Work and Holiday Visa Program' berkenaan telah menyatakan bahawa kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Australia akan mengeluarkan sehingga 100 visa bagi tempoh maksimum 12 bulan tanpa lanjutan pada setiap tahun kepada pemohon yang layak.

3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

3.1 Program ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan Australia yang berminat untuk melancong sambil bekerja dengan syarat pemohon perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(i) bertujuan untuk melancong di Malaysia atau Australia;

(ii) berumur di antara 18 - 30 tahun pada masa permohonan;

(iii) mempunyai kelulusan pendidikan tinggi atau sekurang-kurangnya sudah menjalani 2 tahun pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti;

(iv) berkebolehan dalam berbahasa Inggeris;

(v) tidak membawa bersama anak-anak;

(vi) tidak pernah menyertai program 'Work and Holiday Visa Program';

(vii) mempunyai pasport yang sah dan tiket penerbangan pulang atau wang yang mencukupi bagi pembelian tiket penerbangan tersebut;

(viii) mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan diri sendiri semasa tempoh awal berada di Malaysia atau Australia;

(ix) mempunyai rekod kesihatan yang baik:

a. pemohon Malaysia - perlu memenuhi tahap kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Australia;
b. pemohon Australia - perlu mempunyai kesihatan yang baik serta disokong dengan sijil perubatan yang sah yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah di Australia; dan

(x) rekod karakter yang baik:

a. pemohon Malaysia - perlu memenuhi kriteria karakter yang akan ditentukan oleh Kerajaan Australia dan memperolehi 'Letter of Good Conduct' dari Kementerian Luar Negeri Malaysia;
b. pemohon Australia - tidak boleh mempunyai rekod jenayah.

3.2 Peserta 'Work and Holiday Visa Program' yang telah memasuki Malaysia atau Australia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara Malaysia dan Australia dan tidak boleh terlibat di dalam mana-mana kerja yang tidak dibenarkan bagi maksud 'Work and Holiday Visa Program' iaitu:

(i) bagi kedua-dua Malaysia dan Australia, tujuan utama lawatan di bawah 'Work and Holiday Visa Program' adalah untuk melancong dan bekerja adalah dengan tujuan menampung kehidupan untuk melancong;

(ii) bagi Malaysia, peserta Australia tidak dibenarkan bekerja:
- di firma atau syarikat yang memerlukan kelayakan profesional;
- bidang berkaitan industri hiburan seperti menyanyi dan menari;
- bidang spa;
- kaunter perkhidmatan (frontliners); dan
- aktiviti sukarela.

(iii) bagi kedua-dua Malaysia dan Australia, pemegang visa 'Work and Holiday Visa Program' tidak dibenarkan bekerja dengan satu majikan lebih dari tempoh 6 bulan;

(iv) bagi kedua-dua Malaysia dan Australia, pemegang visa 'Work and Holiday Visa Program' tidak dibenarkan belajar atau menjalani latihan lebih dari tempoh 4 bulan tempoh lawatan;

(v) bagi kedua-dua Malaysia dan Australia, visa 'Work and Holiday Visa Program' secara automatik membenarkan pemegang visa untuk bekerja dan menetap secara sementara di Malaysia atau Australia;

(vi) permohonan 'Work and Holiday Visa Program' perlu dilakukan oleh warganegara Malaysia di Malaysia dan warganegara Australia di Australia;

(vii) pemohon 'Work and Holiday Visa Program' perlu mendapatkan surat sokongan daripada agensi yang menyatakan Kerajaan masing-masing yang menyatakan bahawa mereka layak menyertai program tersebut; dan

(viii) pemohon akan ditemuduga jika perlu.


4. AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PELAKSANAAN 'WORK AND HOLIDAY VISA PROGRAM'

4.1 Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Bahagian Visa, Pas & Permit, Jabatan Imigresen Malaysia bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program ini sebagaimana ia bertanggungjawab ke atas 'Working Holiday Visa Program' Malaysia-New Zealand.

5. TATACARA PERMOHONAN

(a) Bagi Warganegara Malaysia:

Bagi warganegara Malaysia yang berminat menyertai program ini, mereka perlu menjalani beberapa prosedur iaitu:

i. mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur atau secara atas talian di www.imi.gov.au;

ii. mendapatkan 'Letter of Good Conduct' dari Kementerian Luar Negeri, Malaysia sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan bahawa permohonan mereka telah mendapat sokongan Kerajaan Malaysia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan;

iii. menghantar borang tersebut ke pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. Sekiranya pihak Suruhanjaya Tinggi Australia berpuas hati dengan permohonan tersebut, maka pemohon akan diberikan Borang Pemeriksaan Kesihatan;

iv. pemohon perlu membuat pemeriksaan kesihatan di panel hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan Australia

- keputusan pemeriksaan kesihatan ini akan terus dihantar ke pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur tanpa dimaklumkan keputusannya kepada pemohon; dan

v. pihak Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.

(b) Bagi Warganegara Australia:

Bagi warganegara Australia yang berminat menyertai program ini, mereka perlu menjalani beberapa prosedur iaitu:

i. mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth atau secara online di www.imi.gov.my ;

ii. mendapatkan surat sokongan dari ACT and Region Office, Department of Immigration and Citizenship of Australia atau agensi berkaitan yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia bagi mengesahkan bahawa pemohon mereka telah mendapat sokongan Kerajaan Australia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan;

iii. menghantar borang permohonan yang lengkap bersama sijil perubatan yang disahkan oleh doktor bertauliah di Australia dan juga bukti tidak pernah melakukan jenayah ke pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth;

iv. Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan dihantar ke Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen Malaysia untuk kelulusan;

v. pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Perth akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.


6. KADAR BAYARAN

6.1 Kadar bayaran yang dikenakan ke atas pemohon Australia yang berjaya ialah sebanyak RM90.00 setahun.

7. TARIKH PELAKSANAAN

7.1. Tarikh pelaksanaan program ini akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2009.


8. BORANG PERMOHONAN

Borang IM.12
Borang dari KDN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
No 15 Tingkat 1-7, (Podium) , Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200

Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod, Jabatan Imigresen Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 dengan resolusi 1024*768