Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
 

Pas Penggajian Untuk Suami / Isteri Warga Asing Yang Berkahwin Dengan Warganegara Malaysia ( Spouse Programme)
 

Program ini diperkenalkan pada 13hb Februari 1996, bertujuan untuk memberi kemudahan kepada warganegara asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia, untuk tinggal di negara ini dan bekerja. Kemudahan ini selaras dengan harapan kerajaan untuk mengalu-alukan kehadiran warganegara asing untuk menyalurkan kepakaran dan pengalaman kerja ke arah pembangunan kemajuan negara.

Permohonan boleh di buat di:
(i) Bahagian Pas Penggajian, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen; atau
(ii) Pejabat Imigresen Negeri yang berdekatan

   
Kategori

  • Di buka kepada suami/isteri warga asing yang mempunyai visa dengan rujukan yang sah (jika perlu)
  • Berkahwin secara sah di bawah undang-undang Malaysia (Daftar perkahwinan di Malaysia)
  • Pemohon mestilah mempunyai tawaran kerja tetap dan tidak boleh bekerja sendiri
  • Pemohon di bawah Jurusan Pendidikan dan Kesihatan mestilah mendapat kelulusan dari agensi-agensi kerajaan yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Semak

  • Surat iringan dari majikan
  • Surat kelulusan dari agensi kerajaan yang berkaitan
  • Surat tawaran pekerjaan dari majikan
  • Borang ROC 9,24 & 49 syarikat majikan (Disahkan oleh Setiausahasa Syarikat Yang Berlesen)
  • Kontrak kerja (dimatikan setem RM10.00)
    • Jawatan
    • Tempoh kontrak
    • Gaji bulanan
    • Tandatangan kedua pihak majikan dan pegawai dagang
  • Personal bond untuk PL(KS) - di matikan setem RM10.00
  • Borang-borang:
    • Borang DP11
    • IM 10 satu salinan Pas Tanggungan
    • IM 55 satu salinan Pas Lawatan Sosial
  • Sijil akademik dan personal resume
  • Salinan pasport suami/isteri dan kad pengenalan
  • Dua keping gambar berukuran pasport (Suami dan Isteri)
  • Surat akuan perkahwinan (Cop Pesuruhjaya Sumpah)
  • Salinan Sijil Nikah Yang Disahkan Oleh Pejabat Agama (Cabutan Untuk Pendaftaran Perkahwinan dan Resit bagi Bukan Islam)
  • Gambar perkahwinan
  • Sijil Lahir Anak (sekiranya Anak Bukan Warganegara)
  • Surat Pelepasan (sekiranya Tukar Majikan)

Bayaran

PERKARA
BAYARAN
PL(KS) Pas RM60.00 setahun atau sebahagian darinya
PL(KS) Levi (Mengikut Sektor)
Bil.
Sektor
Kadar Baru Setahun
Semenanjung
Sabah dan Sarawak
1. Perkilangan
RM1,200.00
RM 960.00
2. Pembinaan
RM1,200.00
RM 960.00
3. Perladangan
RM 540.00
RM 540.00
4. Pertanian
RM 360.00
RM 360.00
5. Perkhidmatan
.
.
. a) Restoran
RM1,800.00
RM1,440.00
b) Pencucian dan Pembersihan
RM1,800.00
RM1,440.00
c) Pengendalian Kargo
RM1,800.00
RM1,440.00
d) Dobi
RM1,800.00
RM1,440.00
e) Kedi
RM1,800.00
RM1,440.00
f) Gunting Rambut
RM1,800.00
RM1,440.00
g) Perniagaan Runcit dan Borong
RM1,800.00
RM1,440.00
h) Perniagaan Tekstil
RM1,800.00
RM1,440.00
i) Barangan Logam, Lusuh dan Terpakai

RM1,800.00

RM1,440.00

6. Rumah Kebajikan
RM 600.00
RM 600.00
7. Lain-lain (selain dari di atas)
RM1,800.00
RM1,440.00
PL(KS) bayaran proses RM50.00 setiap jawatan permohonan
Bayaran proses Journey Performed Visa (JP) (jika diperlukan) RM500.00 setiap jawatan
Bayaran Multiple Entry Visa RM6 ke RM100 bergantung kepada Warganegara

Syarat dan Prosedur Permohonan

Pemohon mestilah hadir bersama-sama dengan suami atau isteri semasa mengemukakan permohonan di Jabatan Imigresen. Permohonan melalui agensi pekerjaan dan wakil adalah tidak dilayan.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Pengarah,
Jawatankuasa Pegawai Dagang,
Jabatan Imigresen Malaysia,
Tingkat 3,Blok 2G4 (PODIUM) Precint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Atau

Mana-mana Pejabat Imigresen Negeri

Peringatan
Permohonan lanjutan untuk Pas Penggajian atau Pas Lawatan (Kerja Sementara) perlu dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum pas tamat tempoh.

 

 
 
  Pasport
 
: :
Kenyataan Am
: :
Pasport Malaysia
: :
Pasport Malaysia Terhad ke Brunei Darussalam
  Dokumen Perjalanan
 

: :
Dokumen Perjalanan Terhad
: :
Dokumen Perjalanan Kumpulan
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
: : Kad Perakuan Pengenalan

  Pas Sempadan
 
: :
Pas Sempadan Malaysia-Thailand
: :
Pas Sempadan Malaysia-Indonesia
  Sijil Perakuan
 

: :
Sijil Perakuan Cemas
: :
Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC

   
 
  Permit Masuk
  Surat Akuan
   
 
  Syarat Kemasukan
  Pelancong dan Pelawat
 
: :
Lawatan Sosial
  Pekerja
 
: :
Pegawai Dagang
: :
Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
: :
Pekerja Mahir
  Pelajar
   
     
   
'
Malaysia My Second Home Programme'
 
    'Spouse Programme'  
       
 



Hakcipta Terpelihara 2008 © JIM
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman Sebelumnya | Laman Hadapan | Laman Utama | English

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200