Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
 

  Permit Masuk
 
Permit Masuk merupakan suatu permit yang dikeluarkan kepada orang-orang asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan menetap di negara ini. Mereka yang telah dikeluarkan Permit Masuk dikecualikan daripada memohon sebarang Pas samada untuk bekerja atau lain-lain tujuan dan akan dikeluarkan dengan Kad Pengenalan Malaysia (merah) bertaraf Penduduk Tetap Malaysia
 
  Kelayakan Memohon
   
i. Isteri/suami asing kepada warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini secara berterusan selama lima (5) tahun atau lebih atas Pas Lawatan (Sosial) atau lain-lain Pas yang dibenarkan.
ii. Anak-anak kepada warganegara Malaysia berumur enam tahun dan ke bawah
iii.
 

 


 

 

Suami/isteri dan anak-anak kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan kepakaran yang pada masa ini bekerja diluar negara bercadang untuk pulang dan bekerja di Malaysia.Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kementerian Sumber Manusia seperti berikut :

                 Telefon : 03-8886 5000  Faks : 03-8889 2378
                 Email : mhr@po.jaring.my
                 Laman Web : www.jaring.my/ksm
  Golongan Yang Tidak Layak Memohon
Pekerja Asing termasuk Pembantu Rumah Asing yang dibenarkan bekerja atas Pas Lawatan (Kerja Sementara) oleh Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia.
 
  Syarat Memohon
Permohonan hendaklah dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon. Setiap permohonan hendaklah ditaja oleh seorang Penaja tempatan samada bertaraf Warganegara atau Penduduk Tetap Malaysia. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Siapa/Kategori Syarat-syarat Catatan
Isteri Asing Kepada Warganegara Malaysia
  • Borang IMM.4
  • 3 keping gambar pemohon (isteri) berukuran pasport
  • 1 keping gambar penaja (suami) berukuran pasport
  • Salinan surat nikah/sijil daftar perkahwinan
  • Gambar perkahwinan dan gambar keluarga (jika ada)
  • Kad jemputan perkahwinan (jika ada)
  • Salinan pasport pemohon (isteri) yang digunakan sejak memasuki Malaysia sehingga sekarang
  • Salinan pasport penaja (suami) sekiranya berkahwin di luar negara
  • Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan penaja dan sijil warganegara (jika ada)
  • Salinan sijil kelahiran/pasport/dokumen perjalanan anak-anak pemohon yang lain (jika ada)
  • Salinan sijil perakuan kematian/sijil penceraian/sijil daftar perkahwinan bagi perkahwinan terdahulu (jika berkaitan)
Bagi Pasangan Islam
Salinan surat pengesahan pernikahan daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia (jika bernikah di luar Malaysia)

Bagi Pasangan Bukan Islam
Salinan sijil daftar kahwin
Borang K (jika berkahwin di luar Malaysia)

Anak-Anak Kepada Warganegara Malaysia Berumur 6 Tahun Ke Bawah
  • Borang IMM.4
  • 3 keping gambar pemohon (anak) berukuran pasport
  • 1 keping gambar penaja (ibu/bapa/keluarga terdekat) berukuran pasport
  • Salinan Sijil Kelahiran (anak)
  • Salinan Pasport/Dokumen Perjalanan pemohon (anak)
  • Salinan surat nikah/sijil daftar perkahwinan penaja (ibu/bapa)
  • Salinan surat penceraian dan surat hak penjagaan anak daripada mahkamah (jika ibu/bapa telah bercerai)
  • Salinan surat perakuan kematian (jika berkaitan)
  • Salinan sijil kelahiran/kad pengenalan dan sijil warganegara ibu/bapa (jika ibu atau bapa seorang warganegara)
  • Salinan sijil kelahiran/pasport/dokumen perjalanan adik-beradik pemohon (jika ada)
  • Bayaran setelah diluluskan RM120.00
  • Bagi permohonan Permit Masuk Isteri Asing Kepada Warganegara Malaysia, penaja mestilah SUAMI kepada pemohon
     
  • Semua dokumen ASAL hendaklah dibawa bersama semasa mengemukakan permohonan untuk dibuat pengesahan
 
 
 
  Pasport
 
: :
Kenyataan Am
: :
Pasport Malaysia
: :
Pasport Malaysia Terhad ke Brunei Darussalam
  Dokumen Perjalanan
 

: :
Dokumen Perjalanan Terhad
: :
Dokumen Perjalanan Kumpulan
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
: : Kad Perakuan Pengenalan

  Pas Sempadan
 
: :
Pas Sempadan Malaysia-Thailand
: :
Pas Sempadan Malaysia-Indonesia
  Sijil Perakuan
 

: :
Sijil Perakuan Cemas
: :
Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC

   
 
  Permit Masuk
  Surat Akuan
   
 
  Syarat Kemasukan
  Pelancong dan Pelawat
 
: :
Lawatan Sosial
  Pekerja
 
: :
Pegawai Dagang
: :
Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
: :
Pekerja Mahir
  Pelajar
   
     
   
'
Malaysia My Second Home Programme'
 
    'Spouse Programme'  
       
 



 
Hakcipta Terpelihara 2008 © JIM
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman Sebelumnya | Laman Hadapan | Laman Utama | English

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200