| Syarat-Syarat
Kemasukan Ke Malaysia |
| |
Seseorang pelawat perlu mempunyai dokumen –dokumen seperti berikut sebelum
masuk ke Malaysia:
|
|
|
Pasport atau Dokumen Perjalanan yang sah
Setiap orang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa
yang diiktiraf dan sah untuk masuk ke Malaysia. Mana-mana pasport atau
dokumen perjalanan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, perlu
mempunyai Dokumen Sebagai Ganti Pasport yang boleh dipohon di mana-mana
Pejabat Perwakilan Malaysia diluar negara. Pemegang-pemegang dokumen
perjalanan seperti Surat Akuan Pengenalan, Laiiser Passer, Titre de
Voyage atau Sijil Penduduk Tetap sesebuah negara perlu memastikan bahawa
kepulangan mereka ke negaranya atau negara yang mengeluarkan dokumen
tersebut adalah terjamin. Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan
ke atas dari tarikh masuk ke Malaysia. |
| |
|
|
Visa
Visa adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana
dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang
telah mendapat kebenaran untuk masuk ke Malaysia. Warganegara asing
yang memerlukan visa perlulah memohon terlebih dahulu di mana-mana Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar negara. Visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan
satu jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk
ke negara ini. Keputusan akhir adalah terletak kepada budi bicara Pegawai
Imigresen yang bertugas dipintu masuk.
Jenis-jenis Visa
Cara Memohon Visa
Keperluan Visa Mengikut Negara
Kadar Bayaran Security Bond
Visa
on Arrival
|
| |
|
|
Tiket perjalanan balik yang sah dan perbelanjaan yang mencukupi
Setiap pelawat diperlukan juga untuk membuktikan kemampuan kewangan
untuk menyara dirinya di Malaysia bersama-sama dengan tiket perjalanan
pulang yang telah ditetapkan untuk ke negara lain. |
| |
|
|
Bukan imigran larangan
Mana-mana orang yang diiktirafkan dibawah
Seksyen
8 Akta Imigresen 1959/1963 tidak akan dibenarkan masuk ke
Malaysia walaupun mempunyai Pasport atau dokumen perjalanan yang sah,
visa, tiket perjalanan dan perbelanjaan yang mencukupi. |
| |
|
|
Mengisi kad masuk dan keluar |
| |
| Mengenai Pas |
| |
Selain daripada permohonan masuk ke Malaysia bagi tujuan lawatan sosial
atau perniagaan, semua permohonan untuk jenis-jenis pas yang dinyatakan
di bawah mestilah dimohon sebelum masuk ke negara ini. Setiap permohonan
mestilah mempunyai penaja yang akan bertanggungjawab di atas kehadiran
subjek di negara ini atau untuk penghantaran subjek jika perlu.
|
| Keperluan
Pas |
| |
Warganegara Asing yang ingin melawat Malaysia perlu mendapatkan Pas
di pintu masuk selain daripada visa (di mana perlu) yang akan membenarkan
mereka untuk tinggal sementara di negara ini. Pas adalah satu jenis
endorsemen di dalam pasport yang memberikan kebenaran tinggal di Malaysia
bagi tempoh yang dibenarkan.
|
| Kesalahan
Yang Sering Dilakukan Oeh Pelawat Asing |
| |
|
| |
1.
MASUK SECARA HARAM
Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63
Seseorang pelawat asing yang berada dalam Malaysia boleh ditafsirkan
masuk secara haram sekiranya :
- Gagal
menunjukkan pasport / dokumen perjalanan yang sah apabila diminta.
- Pasport
/ dokumen perjalanan tidak ada cop kemasukan / pas lawatan yang
sah
Kesalahan
kerana masuk secara haram membawa hukuman :
- Denda
tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya, ATAU
-
kompaun sehingga RM3,000.00
Kerana
itu semua pelawat asing diingatkan :-
- Menjaga
dengan baik dan selamat pasport / dokumen perjalanan mereka dan
membawa bersama mereka semasa berada di dalam negara ini.
-
Memastikan mereka mengemukakan pasport / dokumen perjalanan mereka
kepada Pegawai Imigresen di pintu masuk dan mereka memperolehi pas
lawatan yang bersesuaian.
Segera melaporkan kepada Jabatan Imigresen sekiranya mereka kehilangan
pasport / dokumen perjalanan mereka.
2. TINGGAL LEBIH MASA
Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63
Tinggal / masih berada dalam negara ini selepas tempoh pas lawatan
tamat / dibatalkan.
Kesalahan kerana tinggal lebih masa ini membawa hukuman :-
- Denda
tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali, ATAU
- Kompaun
sehingga RM3,000.00
Kerana
itu semua pelawat asing diingatkan supaya keluar sebelum pas lawatan
mereka tamat.
3. PASPORT / DOKUMEN PERJALANAN MENGANDUNGI VISA / PAS LAWATAN
PALSU ATAU PINDAAN
Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63
Kesalahan di bawah seksyen ini membawa hukuman :-
- Denda
tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Dengan
itu semua pelawat asing diingatkan tidak menggunakan perkhidmatan
orang tengah untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen.
4.
IMIGRAN-IMIGRAN LARANGAN
|
| Pintu-Pintu
Masuk |
UDARA
LAUT
DARAT
|