Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Tarikh :7/4/2009 10:13:09 PM  
    Pengenalan
    Latarbelakang
    Carta Organisasi
    Piagam Pelanggan
    Bahagian dan Cawangan
    Anugerah
    Keratan Akhbar
    Aktiviti Jabatan
Passport
    Kenyataan Am
    Pasport Malaysia
    Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Dokumen Perjalanan
    Perjalanan Terhad
    Perjalanan Kumpulan
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
    Kad Perakuan Pengenalan
    Kemudahan Pergerakan Bebas (Free Flow) Di Wang Kelian, Perlis
Pas Sempadan
    Malaysia - Thailand
    Malaysia - Indonesia
Sijil Perakuan
    Sijil Perakuan Cemas
    Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC
    Permit Masuk
    Surat Akuan
Syarat Kemasukan
Pelancong dan Pelawat
    Lawatan Sosial
Pekerja
    Pegawai Dagang
    Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
    Pekerja Mahir
Pelajar
  Malaysia My Second Home Programme
   
  Penerbitan
  Pautan
   

PAS TANGGUNGAN
i. Pas Tanggungan Untuk Suami Kepada Pegawai Dagang
ii. Kemudahan Bekerja Untuk Suami/Isteri Kepada Pegawai Dagang

 

   
 

Pegawai Dagang


  Perkhidmatan Pegawai Dagang  
     
  Definisi Pegawai Dagang / Ekspatriate Asing  
  Warganegara Asing yang berkelayakan mengisi jawatan-jawatan berikut :
   
a.
Jawatan Penting
 
Jawatan Pengurusan Peringkat Tertinggi dalam syarikat milik Asing.
 
Diperlukan untuk menjaga kepentingan pelaburan mereka di negara ini.
 
Penyandang terlibat dalam menentukan polisi dan hala tuju syarikat.
     
b.
Jawatan Eksekutif.
 
Jawatan bidang Professional / Pengurusan Peringkat Pertengahan 
 
Memerlukan kelayakan, pengalaman dan kemahiran praktikal bidang berkaitan.
 
Penyandang bertanggungjawab melaksanakan polisi syarikat dan pengawasan kakitangan bawahan.
     
c.
Jawatan Bukan Eksekutif.
 
Jawatan bidang Kemahiran Tinggi.
 
Memerlukan pengalaman dan Kemahiran Teknikal berkaitan.
     

Proses-Proses Pengambilan Pegawai Dagang

     
Pengambilan Pegawai Dagang dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu : 
     
  PERINGKAT 1 - Permohonan Kelulusan Pengambilan (Jawatan)
                            (6 Agensi yang diberi kuasa)
     
  PERINGKAT 2 - Permohonan Kelulusan Pas Penggajian
                            (Jabatan Imigresen Malaysia)
     
     

Proses Peringkat 1 - Permohonan Kelulusan Pengambilan (Jawatan)

     
Terdapat 6 Agensi yang diberi kuasa untuk meluluskan permohonan Pas Penggajian Pegawai Dagang mengikut "core business" masing-masing. Agensi-agensi berkenaan adalah seperti berikut : 
     
Bil
Agensi
Jawatan/Bidang
1.
Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)
Jawatan Pegawai Dagang bagi syarikat-syarikat swasta dalam bidang-bidang berikut :-
  • Perkilangan dan pembuatan (syarikat baru dan sedia ada yang terlibat dengan cadangan perkembangan)
  • Perkhidmatan berkaitan perkilangan
    - Pejabat Serantau ( Regional Establishment ) - Ibu Pejabat Operasi (IPO), Pejabat Perwakilan, Pusat Perolehan Antarabangsa dan lain-lain.
  • Industri Perhotelan dan Pelancongan.
  • Sektor Penyelidikan dan Pembangunan.
2.
Multimedia Development Corporation ( MDeC ) Jawatan Pegawai Dagang / Ekspatriate dan Pekerja Mahir Asing bidang Teknologi Maklumat bagi syarikat-syarikat yang telah diberi status " MSC ".
3.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(Meluluskan kontrak Pegawai Dagang)
  • Jawatan-jawatan Doktor dan Jururawat di hospital / klinik kerajaan 
  • Pensyarah / Tenaga Pengajar di IPTA 
  • Jawatan kontrak Sektor Awam 
  • Urusan Pengambilan ( tawaran kerja ) dibuat oleh SPA /Agensi yang berkaitan.
4.
Bank Negara Malaysia (BNM) Jawatan-jawatan dalam sektor : 
  • Perbankan (banking)
  • Kewangan
  • Insurans.
5.
Suruhanjaya Sekuriti  (SC)
Jawatan-jawatan dalam sektor sekuriti / pasaran saham.
6.
Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD) Bagi jawatan-jawatan dalam sektor swasta dan awam yang lain tidak termasuk dibawah bidang kuasa MIDA, MDeC, JPA, BNM, dan SC.
     
Perhatian : Bagaimana menentukan agensi pelulus yang bersesuaian dengan syarikat anda?
   
  • Tentukan jenis aktiviti dan kegiatan syarikat.

     
  Maklumat Lanjut Mengenai Jawatankuasa Pegawai Dagang
  Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Dagang
   
     
Proses Peringkat 2 - Permohonan Pas Kerja Berkaitan
Merupakan proses pengeluaran pas bagi permohonan Pegawai Dagang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pegawai Dagang ( JKPD ) ataupun agensi kawalselia yang berkaitan.
     
Apakah Jenis dokumen yang diperlukan ?
 
Penentuan Pengeluaran Jenis Pas kepada Pegawai Dagang
 
Carta Aliran Kerja Permohonan Pas Penggajian (DP11)
   
   
Kemudahan Imigresen Kepada Tanggungan Pegawai Dagang
 
   

c.
  Perkhidmatan di Kaunter Eksekutif
 

o Kaunter Eksekutif disediakan di Ibu Pejabat, Bahagian Pas Penggajian, Tingkat 3, Blok 2G4, Precint 2 Putrajaya sejak tahun 2005 dan telah dipanjangkan ke semua pejabat Imigresen Negeri sejak Disember 2007. Semua pegawai dagang yang memegang jawatan eksekutif / profesional serta jawatan pengurusan adalah dialu-alukan ke Kaunter Eksekutif.

 

d.
 

Pertindihan Pas
Pertindihan pas bagi tujuan pengambil alihan jawatan penting adalah dibenarkan sehingga maksimum 3 bulan

 

e.
  Kelulusan Pembantu Rumah

Kelulusan khas diberikan kepada Pegawai Dagang yang membawa Pembantu Rumah Asing tanpa mengira warganegara dan umur pembantu rumah asing tersebut.
  Tatacara memohon endorsemen Pas pembantu rumah

o Permohonan boleh dibuat sebelum atau selepas Pegawai Dagang masuk ke Malaysia.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon
(Senarai Semak)

i. Surat iringan daripada majikan (Pegawai Dagang)
ii. Borang DP11A
iii. Personal bond yang dimatikan setem RM10.00
iv. Salinan mukasurat biodata, mukasurat yang mengandungi bukti kemasukan terkini ke Malaysia (jika berkaitan) dan mukasurat terakhir pasport PRA
v. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA
vi. Kontrak kerja - Dimatikan setem (1 salinan)
vii.Kelulusan Philippine Oversea Employment Administration (POEA) bagi PRA warganegara Filipina sahaja


Bayaran yang dikenakan

Bayaran Pas - RM60.00 setahun atau sebahagian
Bayaran proses - RM10.00
Bayaran JP Visa - RM500.00 (jika berkaitan)
Bayaran Visa - mengikut negara
Bayaran Levi - RM360.00
f.
  Kebenaran bekerja kepada tanggungan

Suami / Isteri kepada Pegawai Dagang yang memegang Pas Tanggungan adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar Pas Tanggungan mereka kepada Pas Kerja yang berkaitan dengan syarat mendapat endorsan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.


Syarat-syarat Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja Kepada Pasangan Pegawai Dagang
1.
  Mendapat tawaran bekerja dengan mana-mana syarikat / agensi Kerajaan.
2.
  Telah memperolehi kelulusan dari agensi-agensi yang diberi kuasa melulus (MIDA, MDEC, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Jabatan Perkhidmatan Awam) jika berkaitan.
3.
  Bagi yang tidak mempunyai kelulusan dari mana-mana agensi, syarat-syarat permohonan tertakluk sebagaimana permohonan di Jawatankuasa pegawai dagang


Tatacara Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja
1.
  Permohonan boleh dibuat di Bahagian Pas Penggajian, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya atau di Pejabat Imigresen Negeri berdekatan.
2.
  Permohonan boleh dikemukakan semasa mendapatkan kelulusan Pas Tanggungan yang berkaitan atau pada bila-bila masa selepas Pas Tanggungan yang berkaitan diberikan.
3.
  Menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :-
    i) Surat iringan dan surat kuasa syarikat
    ii) Borang DP11
    iii)Tawaran kerja/Kontrak kerja
    iv) Salinan lengkap pasport pemohon


Bayaran
  • Endorsan kebenaran bekerja / berniaga ini adalah TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN.
  • Bayaran hanya dikenakan bagi mendapatkan Pas Tanggungan serta bayaran VISA yang berkaitan sahaja.

     

    g.
      Pengeluaran I-Kad
       

    Dikeluarkan kepada warga asing yang mempunyai pas seperti berikut:-

    - Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
    - Pembantu Rumah
    - Pas Penggajian dan Pas Tanggungan

    Tatacara memohon I-Kad

    • Proses pendaftaran iKad memerlukan pegawai membuat pendaftaran dan semakan di kaunter, mengimbas cap jari untuk data biometrik, mengimbas gambar dan memastikan gambar itu tepat untuk cetakan iKad.
    • Spesifikasi gambar ialah berukuran 5.0 cm x 3.0 cm, berlatarbelakang putih dan berpakaian gelap yang sesuai.
    • iKad akan diserahkan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya kepada Pejabat-pejabat negeri yang tiada printer iKad.
    • Pemegang pas yang memohon untuk pendaftaran iKad akan mengambil iKad yang telah siap diproses

    Bayaran
    • Tiada sebarang bayaran yang dikenakan (gratis).
    * Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 03-88801435

         

         
      Maklumat-Maklumat Tambahan
    Kemudahan Visa On Arrival Kepada Warganegara Asing Yang Diluluskan Pas Penggajian Pegawai Dagang Di Malaysia
     
         
      Informasi Tambahan
       
  • Tempoh sah laku pasport/dokumen perjalanan
    - Mesti melebihi dari tempoh kelulusan pas
       
  • Kemasukan secara teratur ke Malaysia
    - Mempunyai tempoh Visa yang sah untuk bekerja di Malaysia
    - Untuk urusan keluar masuk di pintu masuk Malaysia, tidak dibenarkan menukar pasport bagi yang memiliki 2 kewarganegaraan.
       
  • Umur Pegawai Dagang
    - Umur minimum untuk Pegawai Dagang bekerja di Malaysia ialah 27 tahun kecuali bagi sektor IT umur minimum Pegawai Dagang ialah 23 tahun.

       
  • Gaji dan tempoh kelulusan jawatan Pegawai Dagang
    - Gaji minimum untuk Pegawai Dagang bekerja di Malaysia ialah RM5000.00 ke atas, tempoh kelulusan jawatan sekurang-kurangnya 2 tahun

         

     

    Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
    (Kementerian Dalam Negeri)
    No 15 Tingkat 1-7, (Podium) , Persiaran Perdana, Presint 2,
    62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
    Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod, Jabatan Imigresen Malaysia
    Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 dengan resolusi 1024*768