Pada awal sebelum Perang Dunia Kedua, jabatan Imigresen
melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas
ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu
masuk.
Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian
Civil Service dengan gelaran jawatan 'Immigration Officer, Stearits
Settlement and Federated Malay States'. Seorang Timbalan Pegawai
Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan
di Pyulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu
masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham.
Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.
Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai
Refugees and Displaced Persons Bureau yang berpusat di Kuala Lumpur
dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration.
Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas
di luar Negara akibat Perang Dunia Kedua.
Undang-undang Imigresen yang pertama ialah "Passenger Restriction
Ordinance 1992" yang berkuatkuasa mulai 21 Julai 1992 iaitu
bagi melaksanakan kawalan kemasukan ke Negara ini. Pada tahun
1930 "The Aliens Immigration Restrictions Ordinance"
telah digubal untuk mengawal ketibaan dan kawalan ke atas buruh-buruh
khususnya daripada China di mana system kuota digunakan. Kajian
semula telah dibuat untuk tujuan langkah kawalan yang lebih ketat
dengan penggubalan "The Aliens Ordinance 1932" yang
berkuatkuasa mulai 1 April 1933.
Perjanjian penubuhan Persekuatuan Tanah Melayu dan pengisytiharan
darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada penggubalan undang-undang
Imigresen dan paspot yang lebih sempurna seperti berikut:
1. The Emergency (Travel Restriction) Regulation 1948
2. The Passport Ordinance 1949
3. The Passport Regulations 1949 dan
4. The Emergency (Entry By Land From Thailand) Regulations 1949
Immigration Ordinance 1952, iaitu undang-undang utama imigresen
menggantikan undang-undang yang digubal pada waktu darurat. Tujuan
undang-undang ini adalah untuk mengadakan kawalan ke atas kemasukan
semua Warganegara British, rakyat di bawah naungan British dan
"Alien" ke Persekutuan Tanah Melayu dan juga berkuatkuasa
di Singapura.
Pada masa itu Jabatan Inigresen diletakkan di bawah pentadbiran
Kementerian Luar Negeri. Selain dari menguruskan kawalan ketibaan,
Jabatan Imigresen juga dipertanggungjawabkan untuk:
i. Mengeluarkan paspot di mana pejabat pengeluarannya bertempat
di Singapura, Pulau Pinang, pejabat-pejabat Residen-residen dan
Penasihat Inggeris.
ii. Pengurusan pengeluaran visa dan permohonan kewarganegaraan
Negara-negara Komanwel bagi pihak Kerajaan Inggeris.
Selepas kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration
Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal
bagi menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport
Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang
ini memperuntukkan lebih kuasa untuk mengawal kemasukan orang
asing dan pelawat ke Persekutuan Tanah Melayu.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen
ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions)
Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut.
Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara,
pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara
dari semenanjung.
Pada tahun 1964, pengurusan hal ehwal imigresen dipindahkan daripada
Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri dan pentadbiran
imigresen mula dipegang oleh anak tempatan dengan pelantikan Encik
Ibrahim Bin Ali sebagai Pengawal Imigresen Negara yang pertama
pada 1 Januari 1967 dengan Ibu Pejabat yang berpusat di Jalan
Tugu Kuala Lumpur pada 13 April 1965.
Pada 1 Disember 1971, pentadbiran Imigresen Negeri-negeri Tanah
Melayu telah disatukan di bawah Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.
Undang-undang mengenai imigresen yang berkuatkuasa pada masa itu
telah disemak semula dan disatukan pada tahun 1974 bagi memasukkan
peruntukan-peruntukan khusus untuk Sabah dan Sarawak. The Immigration
Act 1959/63 (Act No. 155) dan The Passport Act 1966 (Act No. 150)
diperluaskan pemakaiannya ke seluruh negara. Akta ini telah dikemaskini
dan dipinda dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan semasa.
Gelaran Pengawal Imigresen telah ditukar kepada Ketua Pengarah
Imigresen pada tahun 1969.
Penubuhan Ibu Pejabat jabatan Imigresen Malaysia adalah di negeri
Pulau Pinang pada tahun 1947. Pada 13 April 1965, ibu pejabat
imigresen dipindahkan ke Jalan Tugu Kuala Lumpur. Perpindahan
kedua pada Januari 1981 ke Bangunan Bukota, Jalan Pantai Baru
Kuala Lumpur. Pada tahun 1988, Ibu Pejabat Imigresen sekali lagi
berubah di mana pejabat ini di[pindahkan ke Pusat Bandar Damansara
Kuala Lumpur. Bermula pada September 2004, Ibu Pejabat Imigresen
dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini
dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan
proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.
Ibu
Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
No 15 Tingkat 1-7, (Podium) , Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200