Sistem ini menyediakan capaian melalui laman web bagi memenuhi
keperluan orang awam yang sentiasa berurusan dengan pihak
Jabatan Imigresen untuk permohonan baru mahupun untuk melanjutkan
Pas Pembantu Rumah Asing mereka. Semua permohonan kini boleh
dilakukan melalui Sistem
IDEAS.
Objektif
Untuk menyediakan suatu perkhidmatan yang bersesuaian dengan
wawasan jabatan iaitu PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA
Skop Implementasi
Ia merangkumi semua proses permohonan baru dan lanjutan
Visa & Pas bagi pembantu rumah asing. Agensi berdaftar boleh
menghantar permohonan mereka melalui laman web secara 'on-oline'.
Kelebihan Sistem
-Memudahkan penghantaran permohonan
-Kos yang efektif
-Penjimatan masa
Apa yang harus dilakukan?
Untuk mencapai kemudahan yang disediakan, pengguna (agensi
berdaftar) mesti mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan
daripada Bahagian Pekerja Asing, Unit Pembantu Rumah, Jabatan
Imigresen. Kemudian pengguna boleh membuat capaian seperti
berikut:-
Agensi Berdaftar
Login
Menukar katalaluan pengguna
Menghantar
permohonan baru
Menghantar permohonan lanjutan
Menyemak maklumat majikan
Menyemak maklumat pembantu rumah
Menghantar maklumat majikan baru bagi tujuan pendaftaran
Bagaimana
sistem memproses permohonan?
Semua maklumat yang dihantar
akan disimpan di dalam pangkalan data Imigresen. Jika penghantaran
maklumat oleh pengguna tersekat, mesej akan dipaparkan di
skrin pengguna. Pengguna dikehendaki mengikut arahan yang
diberikan. Pihak Jabatan Imigresen akan memproses permohonan-permohonan
tersebut. Majikan atau agensi berdaftar dikehendaki ke Pejabat
Imigresen dalam masa 1 bulan dari tarikh penghantaran permohonan
bersama item-item berikut:-
Untuk
mendapatkan Visa Granted On Arrival (VGOA)
Untuk
mendapatkan Stiker
Pembantu
Rumah Asing
Item yang perlu dihantar
-Bond Persendirian
-Pembayaran
Dokumen
yang perlu disahkan
-Sijil Perkahwinan
-Laporan Kesihatan Ahli Keluarga (jika perlu)
-Sijil Kelahiran Anak
-Borang J/ Perakuan Pendapatan
Bagi permohonan
baru
-Pasport
Bagi Lanjutan
Pas
-Pasport
-Senarai Bayaran
-Pembayaran
Carta Aliran Proses
Alatan minimum yang dicadangkan
Komputer peribadi yang boleh membuat capaian
Internet dengan spesifikasi minimum seperti di bawah:
i) Perkakasan
Pentium II 200 mhz
RAM 64 Mb
Modem 56 kbs
Pengimbas (untuk mengimbas gambar)
ii) Perisian
Internet Browser (IE 5.0,Netscape
4.0 atau lebih tinggi)
Ibu
Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200