| |
| Soalan-soalan Yang Sering Ditanya
|
- Berapakah bayaran yang dikenakan bagi senaskah PMA?
Apakah dokumen yang perlu disertakan?
Bayaran yang dikenakan adalah RM300 bagi dewasa dan RM150.00
bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Bagi pelajar-pelajar
yang berumur 21 tahun ke bawah dan ditawarkan pengajian
di luar negeri, kadar bayaran adalah RM150.00. Pengecualian
bayaran diberikan kepada golongan istimewa (cacat anggota
badan) dengan syarat dapat mengemukakan surat pengesahan
dari Badan Kebajikan Masyarakat.
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah Kad Pengenalan
(asal dan salinan), Sijil Kelahiran (asal dan salinan)
dan 2 keping gambar bersaiz pasport.
|
- Berapa lama proses yang diambil bagi setiap permohonan
pasport?
Proses permohonan pasport mengambil masa 3 hari waktu
bekerja.
|
- Saya mempunyai 2 orang anak. Bolehkah saya tambahkan
kedua-dua butiran anak saya ke dalam PMA milik saya?
Sistem Pasport Malaysia (baru) tidak membenarkan tambahan
butiran anak ke dalam pasport ibu atau ayah.
|
- Saya kehilangan PMA, apakah tindakan yang perlu
diambil? Apakah borang dan dokumen yang perlu saya lampirkan?
Encik perlu membuat Laporan ke Balai Polis terdekat kemudian
mendapatkan borang permohonan Pasport Malaysia dan Borang
Kaji Selidik di Pejabat-pejabat Imigresen untuk membuat
permohonan gantian.
|
- Saya telah bergaduh dengan isteri saya dan beliau
telah mengambil tindakan mengoyak PMA saya. Apakah tindakan
yang perlu saya ambil untuk menggantikan pasport tersebut?
Berapa lama tempoh bagi saya mendapatkan gantian ini?
Encik perlu mendapatkan borang permohonan Pasport Malaysia
dan Borang Kaji Selidik di Pejabat-pejabat Imigresen untuk
membuat permohonan gantian.Berdasarkan Piagam Pelanggan
Jabatan, proses gantian mengambil masa 1 (satu) bulan.
|
- Saya seorang pesara dan berumur 60 tahun. Bolehkah
saya mendapatkan kadar separuh harga bagi PMA?
Tidak. Keputusan Kerajaan hanya membenarkan kanak-kanak
di bawah umur 12 tahun dan pelajar-pelajar di bawah umur
21 tahun mendapatkan kadar separuh harga bagi pasport
Malaysia.
|
- Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima
gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar.
Apakah kenyataan ini betul?
Ya, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak
menepati kehendak Jabatan.
|
- Saya sekarang berada di Amsterdam dan ingin memohon
PMA baru. Apakah tindakan yang perlu diambil? Apakah PMA
(MRP) dikeluarkan di kedutaan ini?
Ya. Tuan bolehlah mengemukakan permohonan di Kedutaan
Malaysia di negara berkenaan dandikeluarkan pasport Malaysia
versi lama. Pasport ini akan ditukar sebaik sahaja tuan
kembali ke Malaysia.
|
- Saya sepatutnya menaiki penerbangan MH 107 ke Hong
Kong pada jam 8.00 pagi tadi tetapi Pegawai Imigresen
di KLIA telah menahan pasport saya. Apa perlu saya lakukan
dan kenapa PMA saya ditahan?
Tuan mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen,
diisytihar bangkrap atau terlibat di dalam kes jenayah.
Tuan boleh hubungi Bahagian Keselamatan di Ibu Pejabat
Imigresen, Kuala Lumpur
|
- Ibu saya cacat penglihatan. Wujudkah kaunter khas
bagi orang-orang seperti ibu saya di jabatan tuan. Saya
diberitahu tiada bayaran dikenakan bagi orang cacat. Apakah
syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum layak mendapatkan
kemudahan ini?
Jabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat
anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa
(cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan
dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan
daripada pakar perubatan Hospital Kerajaan.
|
- Saya memiliki Sarjana Sains Kejuruteraan dan berminat
untuk bekerja di Malaysia. Bagaimana syarat-syarat dan
prosedur untuk mengemukakan permohonan?
Tuan terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk bekerja
di Malaysia dan permohonan tuan perlu dipohon oleh majikan
tuan. Tuan hanya dibenarkan masuk ke Malaysia setelah
permohonan diluluskan.
|
- Saya seorang warganegara Nigeria dan telah berkahwin
dengan seorang warganegara Malaysia. Saya ingin bekerja
dan menetap bersama isteri di Malaysia. Saya ingin mendapat
kepastian samada terdapat kemudahan bagi golongan seperti
saya. Jika ada, apa syarat dan prosedurnya?
Tuan boleh memohon untuk bekerja di bawah `Spouse Programme'
yang dilancarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak
tahun 1998. Program ini khusus kepada warga asing yang
berkahwin dengan warganegara Malaysia dan ingin menetap
dan bekerja di sini. Sila layari laman web jabatan di
http://www.imi.gov.my
untuk keterangan lanjut.
|
- Pekerja saya seorang warganegara Bangladesh telah
genap 6 tahun bekerja dengan saya. Soalan saya, apakah
cara terbaik untuk saya menyambung permit kerja beliau.
Bolehkah saya memohon taraf penduduk tetap untuk beliau?
Permohonan untuk membuat lanjutan pekerja asing boleh
dibuat di Bahagian Pekerja Asing Ibu Pejabat Imigresen,Putrajaya.
Beliau tidak layak mendapat taraf penduduk tetap kerana
tidak memenuhi syarat sepertimana disebut di dalam Akta
Imigresen.
|
- Berapa tahun tempoh kerja bagi seorang Pembantu rumah
asing?
Bagi sektor pembantu rumah, TIADA tempoh had bekerja.
Pembantu rumah tersebut boleh bekerja selagi majikan memerlukan
beliau.
|
- Pekerja saya telah memohon cuti untuk balik ke Indonesia
tetapi beliau tidak balik ke rumah saya setelah habis
bercuti. Apa yang perlu saya buat jika ingin mengambil
PRA baru. Apakah syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat
permohonan sedia ada?
Tuan perlu membayar wang sita sebanyak RM250.00 sebelum
mengemukakan permohonan baru.
|
- Saya telah berkahwin dengan seorang warganegara Thai
dan dikurnia 2 orang anak. Kedua-duanya warga Thailand.
Bolehkah saya mendapatkan taraf penduduk tetap kepada
kedua-duanya? Buat pengetahuan tuan, anak sulung saya
berumur 8 tahun dan adiknya 5 tahun.
Taraf penduduk tetap hanya akan diberi kepada anak warganegara
yang berumur di bawah 6 (enam) tahun sahaja.
|
- Saya Herald, warga Itali dan berumur 39 tahun. Saya
amat berminat dengan program Malaysia My Second Home dan
ingin mengemukakan permohonan. Adakah saya layak dan apakah
syarat-syarat yang perlu saya miliki?
Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
di bawah tajuk Program Istimewa.
|
- Dimanakah boleh saya perolehi ID dan password bagi
permohonan PRA/Pekerja Asing secara on-line?
Sistem `on-line' hanya dibuka bagi permohonan pembantu
rumah asing sahaja. Permohonan hanya boleh dikemukakan
oleh agensi-agensi pembantu rumah yang berdaftar dengan
Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk mendapatkan ID dan password,
sila hubungi Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat Imigresen
Kuala Lumpur
|
- Saya ingin mengambil pekerja dari Bangladesh dan
Indonesia untuk bekerja di kilang sabun milik saya. Apakah
polisi kerajaan Malaysia sekarang?
Sila hubungi Bahagian Imigresen, Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri di Parcel D2, Putrajaya untuk maklumat lanjut.
|
- Seorang kawan saya dari China telah datang ke Malaysia
dan diberi PLS selama 30 hari. Masalahnya beliau telah
tinggal lebih masa. Saya tidak tahu apa yang harus dibuat.
Tolong saya.
Warga China hanya dibenarkan masuk selama 30 hari
dengan Pas Lawatan Sosial. Bagi warga China yang diberi
Pas Lawatan Bisnes, tempoh menetap di Malaysia adalah
30 hari sahaja. Sila hadir di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan
Imigresen Malaysia untuk urusan selanjutnya.
|