Sekapur Sireh

TPPI (1) A. WAHID BIN SOHOD, ASA.,BKT.,BCK.,PPN.

Pengerusi AKRAB Jabatan Imigresen Malaysia

                                                                                                                      

Bismillah hirrahmanirrahim, bersyukur saya kehadrat Allah SNW kerana dengan limpah rahmatnya kita masih diberi kesihatan yang dan berkesempatan berfikiran secara positif sehingga dapat menubuhkan AKRAB di Jabatan Imigresen Malaysia. Tak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, nabi dan penghulu sekelian umat beserta dengan kaum keluarga baginda.

 

AKRAB yang membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Ianya telah mula ditubuhkan pada tahun 1999 sepertimana hebahan di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Pekeliling ini telah mengarahkan supaya disetiap kementerian dan jabatan hendaklah menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling secara formal dan terancang.

AKRAB merupakan kesinambungan dari pelaksanaan kaunseling, cuma yang berbezanya ialah dari segi perlantikan atau keanggotaan AKRAB. AKRAB mistilah terdiri dari pegawai yang telah tamat menghadiri dua kursus Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam serta mempunyai kemahiran kaunseling dan layak serta boleh berfungsi sebagai rakan pembimbing.

AKRAB ini hanya berperanan sebagai pembantu dan pembimbing bagi menyelesai masalah rakan-rakan atau kakitangan di tempat masing-masing. Ianya juga mistilah bersifat sebagai MENTOR, kerana seseorang sebagai anggota AKRAB mistilah boleh dicontohi dalam semua segi.

AKRAB di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga sekarang ini telah dianggotai oleh seramai 46 orang kakitangan dipelbagai peringkat jawatan. Dari jumlah tersebut seramai 18 orang telah dipilih dan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa AKRAB.

Selaku Pengerusi AKRAB, amatlah berharap agar Anggota AKRAB ini diberi peluang untuk sama-sama membantu Pengurusan Sumber Manusia terutama dalam menangani masalah kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Sekian, terima kasih.  

A. Wahid Bin Sohod