Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
Tarikh :12/3/2008 3:27:45 PM  
    Pengenalan
    Carta Organisasi
    Pengurusan Tertinggi
    Piagam Pelanggan
    Bahagian dan Cawangan
    Anugerah
    Perutusan Ketua Pengarah
Passport
    Kenyataan Am
    Pasport Malaysia
    Pasport Malaysia Terhad ke Brunei
Dokumen Perjalanan
    Perjalanan Terhad
    Perjalanan Kumpulan
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri
    Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
    Kad Perakuan Pengenalan
Pas Sempadan
    Malaysia - Thailand
    Malaysia - Indonesia
Sijil Perakuan
    Sijil Perakuan Cemas
    Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC
    Permit Masuk
    Surat Akuan
Syarat Kemasukan
Pelancong dan Pelawat
    Lawatan Sosial
Pekerja
    Pegawai Dagang
    Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
    Pekerja Mahir
Pelajar
  Malaysia My Second Home Programme
  Spouse Programme
   
  Pautan
  Akademi Imigresen Malaysia
   
1. 'SPOUSE PROGRAMME'

2. PAS TANGGUNGAN
i. Pas Tanggungan Untuk Suami Kepada Pegawai Dagang
ii. Kemudahan Bekerja Untuk Suami/Isteri Kepada Pegawai Dagang

 

   
 

Pasport Malaysia


   
 

Pengenalan

     
 
Pasport Malaysia adalah suatu dokumen perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara. Pasport Malaysia adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika terbukti pemegang telah mendapatkan Pasport serta menggunakannya dengan cara yang bercanggahan dengan Akta Pasport. Pemegang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan pasport yang dikeluarkan kepadanya.

 

     
 

Kelayakan

     
  Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.  
     
 

Tempat Memohon

 
     
 
Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia (kecuali ibu pejabat) dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada diluar negara.
 
     
 

Tempoh Sah Laku

 
     
 
Pasport Malaysia mempunyai tempoh sah laku selama lima(5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan. Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan kedalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
  • Masih ada 2 mukasurat yang belum digunakan
  • Bukan kes hilang atau rosak
  • Bukan kes dalam siasatan
 
 

Bayaran

     
  Bayaran Pasport Malaysia adalah mengikut tebal mukasurat senaskah Pasport itu:
  • 32 mukasurat RM300.00
  • 64 mukasurat RM600.00

Bayaran Separuh Harga

  • 32 mukasurat RM150.00
  • 64 mukasurat RM300.00

Kelayakan Bayaran Separuh Harga:

1.
Bagi kategori kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
2.
Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang akan dan dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di institusi penggajian tinggi di luar negara SEMASA mengemukakan permohonan.

Bayaran Dikecualikan / Percuma

Kelayakan:

Golongan orang kurang upaya (OKU) yang tidak boleh menguruskan keperluan hidupnya sendiri sahaja layak dan dapat menunjukkan surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa mengemukakan permohonan.

Mereka yang mengalami kecacatan kecil pada anggota badan seperti terputus jari tetapi masih boleh menguruskan keperluan hidupnya seperti biasa tanpa bantuan orang lain, tidak layak mendapat kemudahan ini.

Bentuk Bayaran
i.
Tunai
   
ii.
Wang pos atau bank draf yang dipalang atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan. Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
   
iii.
Permohonan yang dikemukakan di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia diluar negara, selain dari bayaran tunai, hendaklah diatas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA dinegara-negara Komanwel atau PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA di cawangan Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara Komanwel atau KEDUTAAN BESAR MALAYSIA di negara-negara bukan Komanwel atau KONSULAT JENDERAL MALAYSIA sekiranya di cawangan Pejabat Perwakilan

 

     
 

Maklumat Am

     
 
Penggunaan perkataan anak lelaki (AL) dan anak perempuan (AP) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
 
Bagi warganegara Malaysia yang bertaraf Penduduk Tetap negara lain yang tinggal secara berterusan selama lima(5) tahun berturut-turut di luar negara, Kerajaan Malaysia menetapkan bahawa mereka perlu pulang untuk membuat permohonan Pasport gantian di Malaysia. Kemudahan Sijil Perakuan Cemas sekali perjalanan ke Malaysia akan dikeluarkan jika Pasport Malaysia pemohon telah tamat tempoh.
 
Pasport Malaysia yang TIDAK DITUNTUT selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan DIBATALKAN dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
 
Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru berukuran pasport, Sijil Lahir (asal dan salinan) dan hadir di Pejabat Imigresen.
 
Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.
   
 
   
 

Cara Memohon

     
  Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

Hadir di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97) yang boleh dibeli dengan harga RM1.00 atau melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
SEMUA permohonan kali pertama PMA dikehendaki membawa bersama sijil lahir.
 
Pemohon 18 Tahun Ke Atas
Permohonan Kali Pertama
 
i.
Kemukakan Dokumen Asal Dan Salinannya (1 keping)
    Kad Pengenalan Bagi Orang Awam
    Kad Tentera bagi Anggota Tentera
    Kad Kuasa Polis bagi Anggota Polis
     
ii.
Sijil Kelahiran
   
Jika Lahir Di Luar Negara. Kemukakan Sijil Kelahiran/ Borang W / Sijil Anak Angkat Yang Telah Disahkan Kewarganegaraan (jika pemohon adalah anak angkat semasa membuat permohonan)
Dan Dokumen Perjalanan Yang Digunakan Ketika Masuk Ke Negara ini.
     
iii.
Gambar terbaru berukuran 3.5 x 5 sm (2 keping)
 
Pemohon Bawah 18 Tahun
Permohonan Kali Pertama
Kemukakan:
i.
Sijil Kelahiran
  - Jika Lahir Di Luar Negara:
  Kemukakan Borang W dan Dokumen Perjalanan Yang Digunakan Untuk Masuk Ke Malaysia
   
ii.
Kad Pengenalan Pemohon Jika Telah Berusia 12 Tahun Keatas
   
iii.
Kad Pengenalan Ibu Atau Bapa (Ibu atau Bapa perlu hadir sama)
   
  Jika Ibu / Bapa Atau Salah Seorang Telah Meninggal Dunia:
 
  • Kemukakan Sijil Kematian
  • Surat Sumpah Penjagaan Anak Oleh Penjaga Yang Sah
  • Kad Pengenalan Penjaga / Pasport Penjaga (Jika Warganegara Asing)
   
  Jika Ibu/Bapa Bercerai:
  - Kemukakan Surat hak Penjagaan Anak Dari Mahkamah
   
  Jika Ibu / Bapa Tidak Dapat Dikesan
  - Kemukakan Surat Sumpah Dan Pengesahan Dari Ketua Kampung/Penghulu Yang Mengesahkan Ibu/Bapa Tidak dapat Dikesan
  - Kad Pengenalan Penjaga / Pasport Penjaga (jika warganegara Asing)
   
  Jika Pemohon Adalah Anak Angkat
 
  • Kemukakan Sijil Anak Angkat Yang Telah Disahkan Taraf Kewarganegaraan
  • Kad Pengenalan (jika pemohon berusia 12 tahun keatas)
  • Kad Pengenalan Penjaga / Pasport Penjaga (jika warganegara asing)
   
  Jika Pemohon Telah Berkahwin
 
  • Kemukakan Sijil Nikah Atau Surat Cerai (jika telah bercerai)
       
      Jika Semasa Pemohon DiLahirkan, Ibunya Bukan Warganegara Malaysia
     
  • Kemukakan Sijil Nikah/ Sijil Perkahwinan Ibu/Bapa / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan Oleh Jabatan Pendaftaran Negara
       
    iv.
    Gambar terbaru berukuran 3.5 x 5 sm (2 keping)
       
     
     

    Permohonan Gantian

      Warganegara Malaysia yang pernah dikeluarkan Pasport Malaysia perlu kemukakan:
         
     
    • Dokumen-Dokumen Yang DiNyatakan Dalam Permohonan Kali Pertama Bagi Pemohon dalam Kategori Pemohon bawah 18 tahun. Manakala Pemohon yang Berusia 18 tahun ke atas tidak perlu mengemukakan Surat Beranak. Bagi pemegang Kad Pengenalan Sementara KP 9 dan KP 11 dikehendaki mengemukakan Surat Beranak / Sijil Warganegara sewaktu mengemukakan permohonan.
    • Pasport Malaysia Terakhir Digunakan
    • Gambar Terbaru berukuran 3.5 x 5 sm (2 Keping)
    • Mengisi Borang Permohonan Pasport / Dokumen Perjalanan (IM.42 - Pin. 1/97)
     
         
         
     

    Piagam Pelanggan

     

     
    Permohonan Pasport Malaysia
    Jenis Permohonan
    Waktu Permohonan Diterima
    Waktu Serahan
    Isnin-Khamis
    Permohonan pasport gantian bercip
    8.00 pagi -
    11.59 pagi
    Selepas 8.00 pagi
    (hari bekerja berikutnya)
    12.00 tgh hari -
    4.30 ptg
    Selepas 2.00 ptg
    (hari bekerja berikutnya)
    Permohonan pasport kali pertama
    8.00 pagi -
    11.59 pagi
    Selepas 8.00 pagi
    (2 hari bekerja berikutnya)
    12.00 tgh hari -
    4.30 ptg
    Selepas 8.00 ptg
    (2 hari bekerja berikutnya)
    Jumaat    
    Permohonan pasport gantian bercip
    8.00 pagi -
    11.59 pagi
    Isnin
    (Selepas 8.00 pagi)
    2.45 ptg -
    4.30 ptg
    Isnin
    (Selepas 8.00 pagi)
    Permohonan pasport kali pertama
    8.00 pagi -
    11.59 pagi
    Selasa
    (Selepas 8.00 pagi)
    2.45 ptg -
    4.30 ptg
    Selasa
    (Selepas 2.00 ptg)
    Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Labuan, Sabah dan Sarawak, Kedah, Terengganu dan Kelantan waktu urusan pejabat ialah 8.00 pagi - 1.00 dan 2.00 petang - 5.00 petang.
     
         
     
    Jenis Permohonan
    Waktu Permohonan Diterima
    Waktu Serahan
    Isnin-Jumaat / (Ahad-Khamis bagi Kedah, Terengganu, Kelantan)
     Permohonan pasport gantian bercip
    8.00 pagi -
    1.00 tgh hari
    Selepas 8.00 pagi
    (hari bekerja berikutnya)
    2.00 ptg -
    4.30 ptg
    Selepas 2.00 ptg
    (hari bekerja berikutnya)
     Permohonan pasport kali pertama
    8.00 pagi -
    1.00 tgh hari
    Selepas 8.00 pagi
    (2 hari bekerja berikutnya)
    2.00 ptg -
    4.30 ptg
    Selepas 2.00 ptg
    (2 hari bekerja berikutnya)
     Jumaat / (Khamis - Bagi Kedah, Terengganu, Kelantan)
     Permohonan pasport gantian  bercip
    8.00 pagi -
    12.00 tgh hari
    Isnin/(Ahad-
    selepas 8.00 pagi)
    2.45 ptg -
    4.00 ptg
    Isnin
    (selepas 8.00 pagi)
     Permohonan pasport kali pertama
    8.00 pagi -
    12.00 tgh hari
    Selasa
    (selepas 8.00 pagi)
    2.45 ptg -
    4.00 ptg
    Isnin
    (selepas 2.00 ptg)
     
         
      Senarai Pejabat Mengikut Piagam Pelanggan Ditetapkan
         
      Dua (2) hari bekerja bagi permohonan gantian pasport bercip dan tiga (3) hari bekerja bagi permohonan baru:  
     
    • Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ( Pusat Bandar Damansara)
    • Shah Alam, Selangor di Wisma PKNS
    • Subang, Selangor (di Terminal 2, Lapangan Terbang Subang)
    • Kajang, Selangor (di Metro Plaza)
    • Pelabuhan Kelang, Selangor
    • Georgetown, Pulau Pinang
    • Kuching, Sarawak
    • Miri, Sarawak
    • Bintulu, Sarawak
    • Limbang. Sarawak
    • Sibu, Sarawak
     
      Dua (2) hari bagi semua jenis permohonan  
     
    • Kangar, Perlis
    • Seremban, Negeri Sembilan
    • Ipoh, Perak
    • Teluk Intan, Perak
    • Lumut, Perak
    • Kuala Terengganu, Terengganu
    • Kota Bharu, Kelantan
    • Johor Bahru, Johor
    • Kluang, Johor
    • Kuantan, Pahang
    • Raub, Pahang
    • Temerloh, Pahang
    • Alor Star, Kedah
    • Bukit Kayu Hitam, Kedah
    • Sungai Petani, Kedah
    • Pulau Pinang
    • Melaka
    • Kota Kinabalu, Sabah
    • Tawau, Sabah
    • Sandakan, Sabah
     
      Pejabat Imigresen Labuan dan Pejabat Imigresen Langkawi, memproses permohonan Pasport pada hari yang sama.  
         
      Kes Kehilangan Pasport Malaysia
         
      Warganegara Malaysia yang telah kehilangan Pasport Malaysia perlu :
  • Membuat Laporan Polis
  • Jika memerlukan Pasport gantian, sila ke Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat tinggal pemohon (kecuali Ibu Pejabat) untuk mengemukakan permohonan seperti berikut:
    • Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
    • Borang Soal Selidek Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42c)
    • Laporan Polis (2 salinan)
    • Laporan Jabatan Bomba; jika kehilangan dalam kebakaran (2 salinan)
    • Kad Pengenalan (2 salinan)
    • Sijil Kelahiran (2 salinan)
    • Sijil Warganegara - jika berkenaan (2 salinan)
    • Gambar terbaru berukuran Pasport
    • Surat pengesahan bekerja daripada majikan (2 salinan) dan jika berada diluar negara, perlu tunjukkan bukti Permit Kerja
    • Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)
    • 2 salinan Sijil Perakuan Cemas beserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan Terbang/ pintu masuk (jika kehilangan berlaku semasa lawatan singkat seperti melancong, menghadiri seminar/persidangan antarabangsa atau mengikuti kursus jangka pendek diluar negara)
    • 2 salinan surat pengesahan taraf (jika pemohon bertaraf penduduk tetap diluar negara)
    • 2 salinan surat pengesahan banjir dari pihak berkuasa tempatan (jika kehilangan kerana banjir)
    • 2 salinan surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara
    • 2 salinan sijil perkahwinan / surat cerai (jika bawah 18 tahun dan telah berkahwin)
    • Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa
    Makluman
    Jika semasa kehilangan Pasport Malaysia berlaku pemohon berada di luar negara kerana menetap sebagai Penduduk Tetap, bekerja atau sedang melanjutkan pelajaran, permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan untuk Pasport Malaysia gantian kerana kehilangan akan di hantar melalui Beg Diplomatik oleh Perwakilan Malaysia ke Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Jadual setiap penghantaran adalah 1 kali dalam sebulan dan keseluruhan tempoh yang diambil untuk proses siasatan dan keputusan permohonan sehingga Pasport Malaysia siap dihantar kepada Perwakilan adalah dalam 3 - 4 bulan. Ini adalah anggaran untuk permohonan yang lengkap mengikut prosedur kes kehilangan.
     
         
        Kes Kerosakan Pasport Malaysia
         
      Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika:
    • Basah
    • Diconteng / terconteng
    • Dikoyak / terkoyak
    • Dibakar / terbakar
    • Dimakan anai-anai / serangga
    • Gambar pudar / luntur
    • Butiran dalam pasport dipinda
    Makluman
    Warganegara Malaysia yang mendapati Pasport mereka rosak kerana perkara-perkara yang dinyatakan diatas, perlu melaporkan kepada Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat mereka tinggal untuk memudahkan urusan menghadiri temuduga dalam proses siasatan lanjut yang perlu dilakukan.Permohonan Pasport Malaysia (Gantian) perlu dikemukakan mengikut prosedur dan syarat-syarat permohonan biasa terlebih dahulu dan akan melalui proses siasatan, manakala keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan. Jika pemegang memilih untuk tidak melaporkan kerosakan Pasport kerana beranggapan tidak perlu membuat perjalanan ke luar negeri pada ketika itu, pemohon akan menghadapi masaalah kerana pasport tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh 3 hari apabila perlu melalui proses Kes Kerosakan Pasport Malaysia terlebih dahulu yang mengambil masa 1 bulan kerana jika berlaku keadaan kecemasan seperti diarahkan serta merta oleh majikan untuk bertugas di luar negara atau untuk menziarah keluarga yang sakit dan sebagainya.
     

    Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
    (Kementerian Dalam Negeri)
    Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
    62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
    Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200

    Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod, Jabatan Imigresen Malaysia
    Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 dengan resolusi 1024*768