Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
 

  Soalan-soalan Yang Sering Ditanya

  • Berapakah bayaran yang dikenakan bagi senaskah PMA? Apakah dokumen yang perlu disertakan?
    Bayaran yang dikenakan adalah RM300 bagi dewasa dan RM150.00 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Bagi pelajar-pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah dan ditawarkan pengajian di luar negeri, kadar bayaran adalah RM150.00. Pengecualian bayaran diberikan kepada golongan istimewa (cacat anggota badan) dengan syarat dapat mengemukakan surat pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat.
    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah Kad Pengenalan (asal dan salinan), Sijil Kelahiran (asal dan salinan) dan 2 keping gambar bersaiz pasport.

  • Berapa lama proses yang diambil bagi setiap permohonan pasport?
    Proses permohonan pasport mengambil masa 3 hari waktu bekerja.
  • Saya mempunyai 2 orang anak. Bolehkah saya tambahkan kedua-dua butiran anak saya ke dalam PMA milik saya?
    Sistem Pasport Malaysia (baru) tidak membenarkan tambahan butiran anak ke dalam pasport ibu atau ayah.
  • Saya kehilangan PMA, apakah tindakan yang perlu diambil? Apakah borang dan dokumen yang perlu saya lampirkan?
    Encik perlu membuat Laporan ke Balai Polis terdekat kemudian mendapatkan borang permohonan Pasport Malaysia dan Borang Kaji Selidik di Pejabat-pejabat Imigresen untuk membuat permohonan gantian.
  • Saya telah bergaduh dengan isteri saya dan beliau telah mengambil tindakan mengoyak PMA saya. Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk menggantikan pasport tersebut? Berapa lama tempoh bagi saya mendapatkan gantian ini?
    Encik perlu mendapatkan borang permohonan Pasport Malaysia dan Borang Kaji Selidik di Pejabat-pejabat Imigresen untuk membuat permohonan gantian.Berdasarkan Piagam Pelanggan Jabatan, proses gantian mengambil masa 1 (satu) bulan.
  • Saya seorang pesara dan berumur 60 tahun. Bolehkah saya mendapatkan kadar separuh harga bagi PMA?
    Tidak. Keputusan Kerajaan hanya membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pelajar-pelajar di bawah umur 21 tahun mendapatkan kadar separuh harga bagi pasport Malaysia.
  • Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar. Apakah kenyataan ini betul?
    Ya, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak menepati kehendak Jabatan.
  • Saya sekarang berada di Amsterdam dan ingin memohon PMA baru. Apakah tindakan yang perlu diambil? Apakah PMA (MRP) dikeluarkan di kedutaan ini?
    Ya. Tuan bolehlah mengemukakan permohonan di Kedutaan Malaysia di negara berkenaan dandikeluarkan pasport Malaysia versi lama. Pasport ini akan ditukar sebaik sahaja tuan kembali ke Malaysia.
  • Saya sepatutnya menaiki penerbangan MH 107 ke Hong Kong pada jam 8.00 pagi tadi tetapi Pegawai Imigresen di KLIA telah menahan pasport saya. Apa perlu saya lakukan dan kenapa PMA saya ditahan?
    Tuan mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen, diisytihar bangkrap atau terlibat di dalam kes jenayah. Tuan boleh hubungi Bahagian Keselamatan di Ibu Pejabat Imigresen, Kuala Lumpur
  • Ibu saya cacat penglihatan. Wujudkah kaunter khas bagi orang-orang seperti ibu saya di jabatan tuan. Saya diberitahu tiada bayaran dikenakan bagi orang cacat. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum layak mendapatkan kemudahan ini?
    Jabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa (cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan daripada pakar perubatan Hospital Kerajaan.
  • Saya memiliki Sarjana Sains Kejuruteraan dan berminat untuk bekerja di Malaysia. Bagaimana syarat-syarat dan prosedur untuk mengemukakan permohonan?
    Tuan terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk bekerja di Malaysia dan permohonan tuan perlu dipohon oleh majikan tuan. Tuan hanya dibenarkan masuk ke Malaysia setelah permohonan diluluskan.
  • Saya seorang warganegara Nigeria dan telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Saya ingin bekerja dan menetap bersama isteri di Malaysia. Saya ingin mendapat kepastian samada terdapat kemudahan bagi golongan seperti saya. Jika ada, apa syarat dan prosedurnya?
    Tuan boleh memohon untuk bekerja di bawah `Spouse Programme' yang dilancarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak tahun 1998. Program ini khusus kepada warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan ingin menetap dan bekerja di sini. Sila layari laman web jabatan di http://www.imi.gov.my untuk keterangan lanjut.
  • Pekerja saya seorang warganegara Bangladesh telah genap 6 tahun bekerja dengan saya. Soalan saya, apakah cara terbaik untuk saya menyambung permit kerja beliau. Bolehkah saya memohon taraf penduduk tetap untuk beliau?
    Permohonan untuk membuat lanjutan pekerja asing boleh dibuat di Bahagian Pekerja Asing Ibu Pejabat Imigresen,Putrajaya. Beliau tidak layak mendapat taraf penduduk tetap kerana tidak memenuhi syarat sepertimana disebut di dalam Akta Imigresen.
  • Berapa tahun tempoh kerja bagi seorang Pembantu rumah asing?
    Bagi sektor pembantu rumah, TIADA tempoh had bekerja. Pembantu rumah tersebut boleh bekerja selagi majikan memerlukan beliau.
  • Pekerja saya telah memohon cuti untuk balik ke Indonesia tetapi beliau tidak balik ke rumah saya setelah habis bercuti. Apa yang perlu saya buat jika ingin mengambil PRA baru. Apakah syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat permohonan sedia ada?
    Tuan perlu membayar wang sita sebanyak RM250.00 sebelum mengemukakan permohonan baru.
  • Saya telah berkahwin dengan seorang warganegara Thai dan dikurnia 2 orang anak. Kedua-duanya warga Thailand. Bolehkah saya mendapatkan taraf penduduk tetap kepada kedua-duanya? Buat pengetahuan tuan, anak sulung saya berumur 8 tahun dan adiknya 5 tahun.
    Taraf penduduk tetap hanya akan diberi kepada anak warganegara yang berumur di bawah 6 (enam) tahun sahaja.
  • Saya Herald, warga Itali dan berumur 39 tahun. Saya amat berminat dengan program Malaysia My Second Home dan ingin mengemukakan permohonan. Adakah saya layak dan apakah syarat-syarat yang perlu saya miliki?
    Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di bawah tajuk Program Istimewa.
  • Dimanakah boleh saya perolehi ID dan password bagi permohonan PRA/Pekerja Asing secara on-line?
    Sistem `on-line' hanya dibuka bagi permohonan pembantu rumah asing sahaja. Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh agensi-agensi pembantu rumah yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk mendapatkan ID dan password, sila hubungi Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur
  • Saya ingin mengambil pekerja dari Bangladesh dan Indonesia untuk bekerja di kilang sabun milik saya. Apakah polisi kerajaan Malaysia sekarang?
    Sila hubungi Bahagian Imigresen dan Pendaftaran (B), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Parcel D, Putrajaya untuk maklumat lanjut.

  • Seorang kawan saya dari China telah datang ke Malaysia dan diberi PLS selama 30 hari. Masalahnya beliau telah tinggal lebih masa. Saya tidak tahu apa yang harus dibuat. Tolong saya.
    Warga China hanya dibenarkan masuk selama 30 hari dengan Pas Lawatan Sosial. Bagi warga China yang diberi Pas Lawatan Bisnes, tempoh menetap di Malaysia adalah 30 hari sahaja. Sila hadir di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia untuk urusan selanjutnya.
 
 
  Pasport
 
: :
Kenyataan Am
: :
Pasport Malaysia
: :
Pasport Malaysia Terhad ke Brunei Darussalam
  Dokumen Perjalanan
 

: :
Dokumen Perjalanan Terhad
: :
Dokumen Perjalanan Kumpulan
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri
: :
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri Sabah/Sarawak
: : Kad Perakuan Pengenalan

  Pas Sempadan
 
: :
Pas Sempadan Malaysia-Thailand
: :
Pas Sempadan Malaysia-Indonesia
  Sijil Perakuan
 

: :
Sijil Perakuan Cemas
: :
Sijil Perakuan Taraf
Kad Perjalanan Perniagaan APEC

   
 
  Permit Masuk
  Surat Akuan
   
 
  Syarat Kemasukan
  Pelancong dan Pelawat
 
: :
Lawatan Sosial
  Pekerja
 
: :
Pegawai Dagang
: :
Pekerja Asing Separa Mahir dan Kurang Mahir
: :
Pekerja Mahir
  Pelajar
   
     
   
'
Malaysia My Second Home Programme'
 
    'Spouse Programme'  
       
 



Hakcipta Terpelihara 2008 © JIM
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman Sebelumnya | Laman Hadapan | Laman Utama | English

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Dalam Negeri)
Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-88801200